Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Ling Kai Cheng ditutup waktu malam mulai 27-31 Oktober ini, bukan sepanjang hari
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan Ling Kai Cheng ditutup waktu malam mulai 27-31 Oktober ini, bukan sepanjang hari

Utusan Sarawak 6 hours ago
JALAN Ling Kai Cheng kini dalam kerja-kerja menaik taraf.

SIBU: Jalan Ling Kai Cheng akan ditutup kepada semua kenderaan pada waktu malam mulai 27 hingga 31 Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan semula jalan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata penutupan itu hanya akan dilaksanakan dari 8.00 malam hingga 4.30 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa penutupan tersebut tidak melibatkan waktu siang, sekali gus menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa jalan berkenaan akan ditutup sepenuhnya sehingga 1 November.


Katanya, beliau menerima beberapa aduan daripada orang ramai yang bimbang sekiranya penutupan jalan berterusan pada waktu siang dan menjejaskan urusan harian, terutama golongan bekerja serta ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.

“Selepas berunding dengan kontraktor dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), saya sahkan bahawa penutupan hanya pada waktu malam bagi membolehkan kerja penurapan dijalankan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu menegaskan, beliau telah mengarahkan kontraktor supaya mematuhi jadual kerja dengan ketat dan memastikan jalan dibuka semula setiap hari pada 4.30 pagi bagi mengelak gangguan waktu puncak pagi.

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penduduk dan ibu bapa. Oleh itu, saya telah meminta pihak majlis memantau rapat kemajuan kerja kontraktor agar ia disiapkan dengan cekap dan mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda lalu lintas di lokasi, dan memandu dengan berhati-hati sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba musnahkan sarang tebuan di Kampung Seberang Sarikei
Next: Generasi muda Klan Tiang Sibu digesa kekal warisan, sokong agenda hijau Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.