Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan konkrit baharu permudah akses penduduk Rumah Musa
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan konkrit baharu permudah akses penduduk Rumah Musa

Utusan Sarawak 3 days ago
SAKSI…..Wong Soon Mee (kanan) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan projek siap di Rumah Musa. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei 

BINTANGOR: Projek Program Mesra Rakyat (PMR) 2025 bawa manfaat kepada penduduk Rumah Musa dengan siapnya jalan konkrit baharu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata jalan yang telah dinaik taraf tersebut memberi kemudahan lebih selesa dan selamat, sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan keperluan masyarakat luar bandar, khususnya dari segi penyediaan infrastruktur asas.

“Jalan raya yang selesa amat penting untuk memudahkan pergerakan penduduk, melancarkan urusan seharian dan membuka ruang kepada pembangunan ekonomi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, projek menaik taraf jalan di Rumah Musa di Jalan Chai Hing melibatkan kerja baik pulih serta pembinaan jalan konkrit sepenuhnya. 

“Projek tersebut selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Melalui PMR, projek sebegini memberi manfaat terus kepada rakyat dengan menyediakan kemudahan lebih baik, meningkatkan kualiti hidup dan menyokong pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya. 

Semalam, wakil Tiong Sii iaitu Wong Soon Mee telah menjalankan tinjauan dan menyaksikan penyerahan projek siap tersebut bersama Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarikei, Husaini Ahie. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kejohanan olahraga bina sahsiah dan semangat kesukanan pelajar
Next: Pesta Pulau Bruit: Waktu operasi feri dilanjutkan mulai Jumaat hingga Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.