Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan Ketitir berlubang, pihak berkuasa ambil tindakan segera
  • TEMPATAN

Jalan Ketitir berlubang, pihak berkuasa ambil tindakan segera

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEADAAN permukaan Jalan Ketitir sedang dibaiki secara sementara oleh kontraktor serta pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sementara menunggu siapnya pembinaan jalan baharu di kawasan berkenaan. Foto Kaunselor Gerald Goh Teck Joo

PADAWAN: Keadaan Jalan Ketitir yang rosak, termasuk berlubang dan mendap, sehingga menimbulkan ketidakselesaan serta kebimbangan keselamatan pengguna jalan raya, sedang diberi perhatian oleh pihak berkenaan susulan maklum balas daripada penduduk setempat.

Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi Wad H, Kaunselor Gerald Goh Teck Joo, berkata lawatan tapak telah diadakan di kawasan terjejas dan mendapati jajaran jalan yang rosak terletak selari dengan projek pembangunan Pine Square yang sedang dijalankan.

Menurut beliau, sebuah jalan baharu sedang dibina bersebelahan jalan sedia ada, manakala laluan lama dikekalkan buat sementara waktu bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu sepanjang tempoh peralihan.

“Semasa lawatan, kontraktor jalan baharu didapati telah mengambil langkah proaktif dengan menampal beberapa bahagian jalan lama yang berlubang bagi mengelakkan kerosakan menjadi lebih teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, perkara itu turut dibangkitkan secara rasmi kepada Jabatan Kejuruteraan MPP, yang akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan sementara bagi menambah baik keadaan jalan selagi kerja pembinaan masih berjalan.

Gerald menjelaskan, sebaik sahaja jalan baharu siap sepenuhnya, jalan sedia ada akan diratakan dan diturap semula dengan lapisan tar baharu sebelum sebuah laluan utama empat lorong yang lebih selesa dan selamat disiapkan mengikut perancangan.

Sehubungan itu, beliau meminta para pengguna jalan raya agar bersabar dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan sepanjang tempoh interim ini.

“Kami amat menghargai kefahaman serta kerjasama orang ramai kerana kerja penambahbaikan ini dilaksanakan demi manfaat jangka panjang komuniti,” katanya.

Untuk sebarang maklum balas atau pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Kaunselor Gerald Goh Teck Joo di talian 019-816 5368. Wad H meliputi kawasan Jalan Kong Phin, Jalan Burung Lilin serta Capital Garden.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan MBKS 2026, permohonan gerai kini dibuka
Next: MPKS pantau kerja baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.