Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan ke Bandar Bintulu penuh sesak
  • TEMPATAN

Jalan ke Bandar Bintulu penuh sesak

Utusan Sarawak 4 years ago
SESAK… Keadaan jalan raya untuk memasuki Bandar Bintulu sesak berikutan SOP telah diperketatkan.

BINTULU: Keadaan jalan raya menuju ke Bandar Bintulu penuh sesak berikutan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sekatan tersebut dilakukan di empat lokasi berbeza bermula 17 April hingga 27 April ini bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di sini.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian juga Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, lokasi tersebut ialah Jalan Sebiew, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Persimpangan Stadium Muhibbah serta Jalan Tanjung Batu.

Dalam pada itu JPBB telah membahagikan Bintulu kepada 36 zon setakat ini.

Jelas beliau Jawatankuasa itu akan mengubah suai dan memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan jangkitan.

Malah katanya, ujian saringan Covid-19 (rT-PCR) kemasukan dan transit ke Bintulu yang akan tamat pada 18 April dilanjutkan sehingga 27 April ini.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: PIBG SK Ng Entaih terima sumbangan
Next: SYARAT TAMBAHAN SOP Untuk Bahagian Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.