Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan Kampung Baru Sebuan Besar dinaik taraf melalui RTP
  • Utara
  • WILAYAH

Jalan Kampung Baru Sebuan Besar dinaik taraf melalui RTP

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ISKANDAR Turkee meninjau tapak projek RTP menaik taraf jalan di Kampung Baru Sebuan Besar, Jepak di Bintulu.

BINTULU: Jalan di Kampung Baru Sebuan Besar di sini akan dinaik taraf melalui projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi meningkatkan keselesaan serta keselamatan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, projek tersebut melibatkan kerja menurap semula (resurface) jalan yang kini mengalami kerosakan seperti rekahan dan permukaan tidak rata.

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan dibuat susulan permohonan penduduk kampung yang mahu jalan tersebut dibaik pulih bagi kegunaan harian.

Beliau berkata, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh kira-kira lima bulan.

“Laluan ini juga terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Jepak dan menjadi jalan belakang yang sering digunakan oleh pelajar dari Kampung Jepak untuk ke sekolah,” katanya.

JALAN di Kampung Baru Sebuan Besar akan dinaik taraf melalui kerja menurap semula bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan tapak projek RTP di Kampung Baru Sebuan Besar di sini, petang tadi.

Iskandar berkata, pelaksanaan projek itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk kampung selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya khususnya pelajar yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Menurutnya, lebih banyak projek RTP akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak sepanjang tahun ini bagi menambah baik kemudahan asas penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa tindakan segera tangani risiko denggi di Tabuan Desa
Next: 10,000 penduduk meriahkan perarakan Cap Goh Mei di Bandar Simanggang malam tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.