Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan Kaki 722 semarak semangat Hari Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi
  • TEMPATAN

Jalan Kaki 722 semarak semangat Hari Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi

Utusan Sarawak 14 hours ago
HARI SARAWAK… Datuk Hilmy Othman, Datuk Wee Hong Seng, dan Cr. Tan Kai bersama para peserta Jalan Kaki 722 mengibarkan bendera mewakili MBKS, DBKU, MPP dan daerah-daerah lain di hadapan monumen Dataran Ibu Pertiwi, sebagai simbolik penyatuan semangat Hari Sarawak 2025.

PETRA JAYA: Sambutan Hari Sarawak 2025 disemarakkan dengan penganjuran Jalan Kaki 722 (722 Walk), anjuran bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Dataran Ibu Pertiwi, pagi ini.

Perarakan sejauh empat kilometer yang menghimpunkan ribuan warga kota itu bermula dari perkarangan MBKS dan berakhir di Dataran Ibu Pertiwi, diiringi laungan semangat kenegaraan dan simbolik kesatuan rakyat Sarawak.

Acara turut menyaksikan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi yang dijalankan dalam suasana penuh tertib dan hormat, menggambarkan kecintaan mendalam rakyat terhadap tanah air.

 TURUT kelihatan para peserta berpakaian tema Hari Sarawak dan kumpulan persembahan kebudayaan yang memeriahkan suasana acara.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong berkata, Jalan Kaki 722 bukan sekadar acara berjalan kaki, sebaliknya manifestasi semangat patriotisme dan perpaduan.

“Perjalanan ini melambangkan semangat kita sebagai anak Sarawak yang berani, bekerjasama dan sentiasa berharap untuk masa depan yang lebih baik. Setiap langkah kita hari ini adalah untuk Sarawak,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DBKU dan MPP atas kerjasama erat menjayakan program berimpak tinggi itu, serta menyifatkannya sebagai contoh terbaik semangat kolaboratif antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, penganjuran secara bersama antara PBT itu menunjukkan iltizam untuk memupuk kebersamaan dalam kalangan masyarakat bandar raya.

“Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan rasa cintakan negeri, malah mengeratkan hubungan rakyat tanpa mengira latar belakang. Semangat ini harus dijadikan teladan dalam menganjurkan program berasaskan komuniti,” ujarnya.

Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada setiap 22 Julai merupakan simbol penghargaan terhadap sejarah, perjuangan dan pencapaian negeri ini sejak memperoleh pemerintahan sendiri pada 1963.

Melalui program seperti Jalan Kaki 722, semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat terus dipupuk, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan dan kemajuan Sarawak.

PBT akan terus komited dalam menganjurkan program berteraskan patriotisme, perpaduan dan kelestarian bandar raya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadiri jamuan makan malam Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025
Next: Jambatan Marina mercu tanda baharu Miri, singkatkan perjalanan ke Pulau Melayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.