Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jalan, jambatan di Telang Usan/Ulu Baram perlu dibina
  • SEMASA

Jalan, jambatan di Telang Usan/Ulu Baram perlu dibina

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Dennis Ngau berbahas di Persidangan DUN Sarawak, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Jalan bekas laluan balak serta jambatan lama yang rosak menyukarkan kehidupan penduduk pedalaman Telang Usan dan Ulu Baram.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan keselamatan, mobiliti dan ekonomi harian mereka.

Menurut Dato Dennis Ngau (Telang Usan – GPS), lebih 1,000 kilometer jalan bekas balak kini menjadi laluan utama bagi penduduk rumah panjang, petani, pelajar, penjawat awam dan pengangkutan persendirian. 

“Namun sejak aktiviti balak tamat, banyak bahagian jalan kini terhakis, rosak atau tidak selamat terutama semasa hujan lebat.

“Bagi rakyat Telang Usan dan Ulu Baram, pembaikan jalan bukan sekadar keselesaan. Ia menentukan sama ada petani dapat membawa hasil ke pasaran, ibu mengandung boleh ke klinik dengan selamat, dan pelajar dapat ke sekolah walaupun cuaca buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau juga menegaskan keadaan jambatan lama yang dibina puluhan tahun dahulu kini runtuh atau tidak boleh dilalui, menimbulkan risiko keselamatan dan gangguan rutin harian penduduk.

“Majoriti pendapatan di Telang Usan bergantung kepada pertanian kecil, agroforestri dan perusahaan luar bandar. 

“Pelaburan berterusan dalam pembaikan jalan dan jambatan akan meningkatkan mobiliti, keselamatan dan penyertaan ekonomi penduduk rumah panjang.

“Kerajaan negeri diharap dapat menyalurkan sebahagian daripada peruntukan Belanjawan Negeri 2026 bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf ini, selaras dengan Pilar Strategik 5 dan Thrust Strategik 5 yang menekankan pembangunan inklusif dan merapatkan jurang pembangunan luar bandar,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Kabong perlu lonjakan pelancongan, ekonomi tempatan diberi tumpuan
Next: DUN: Balai Polis Lama Siniawan hampir 100 tahun dikaji, dipulihara sebagai tarikan pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.