Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan empat lorong dua hala WPC04 LPB dibuka kepada pengguna jalan raya
  • WILAYAH

Jalan empat lorong dua hala WPC04 LPB dibuka kepada pengguna jalan raya

Utusan Sarawak 2 years ago

SIMANGGANG: Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak di Bahagian Sri Aman dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya, hari ini.

Lokasi terlibat ialah di KM27 – KM31 Jalan Sri Aman – Betong, Kampung San Demam – Kuching Stone Quarry.

Pihak Zon Selatan, Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi kenyataan media mengingatkan para pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh pembukaan sedang berlangsung dan mematuhi segala pengurusan trafik demi keselamatan masing-masing.

Selain, merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Menerusi kenyataan ini juga, Pihak Zon Selatan, Unit LPB JKR Sarawak berkata, sekiranya terdapat  sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan ini akan dimaklumkan oleh pihak kontraktor dari semasa ke semas.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, orang awam dikehendaki merujuk kepada Pihak Zon Selatan, Unit LPB JKR Sarawak di talian 082-619125 pada waktu pejabat.

Continue Reading

Previous: ‘Nak tangkap ikan, tapi dapat sang bedal’
Next: Adat Kelabit dirangka semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.