Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan Bulatan Setia Raja ditutup sementara
  • TEMPATAN

Jalan Bulatan Setia Raja ditutup sementara

Utusan Sarawak 2 years ago

KOTA SAMARAHAN: Jalan sekitar Bulatan Setia Raja akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 12 April ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan menerusi kenyataan media memaklumkan penutupan jalan sementara itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya dari Pending menuju ke Samarahan.

Justeru, para pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu dan mematuhi segala pengurusan trafik sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini nanti.

Pihak JKR Bahagian Samarahan pada masa sama akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut, orang ramai adalah digalakkan untuk berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-671076 pada waktu pejabat.

Continue Reading

Previous: Brunei beri maklum positif projek Lebuh Raya Pesisir Utara
Next: Sebahagian Jalan Raya – Kuching/Samarahan Expressway ditutup sementara  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.