Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877 undang bahaya pengguna
  • WILAYAH

Jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877 undang bahaya pengguna

Utusan Sarawak 10 hours ago
BAHAYA… Lubang besar yang dikesan di Kilometer 877 Simpang Bakas Lebuh Raya Pan Borneo dari arah Batu Niah ke Miri telah menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya.

BEKENU: Lubang besar dikesan di Lebuh Raya Pan Borneo dari Batu Niah menuju ke Miri, khususnya di Kilometer 877 Simpang Bakas, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya.

Menurut maklumat hantaran daripada pengguna Lebuh Raya Pan Borneo di Facebook keadaan jalan tersebut sangat bahaya terutamanya kepada penunggang serta pembonceng motosikal yang melalui kawasan berkenaan.

BAHAYA… Lubang besar yang dikesan di Kilometer 877 Simpang Bakas Lebuh Raya Pan Borneo dari arah Batu Niah ke Miri telah menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati, memperlahankan kenderaan serta memberi perhatian penuh ketika melalui laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai turut berharap agar pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan jalan tersebut demi keselamatan semua pengguna.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja naik taraf jalan ke Bakam giat dilaksana, pengguna diminta berhati-hati
Next: SAR tragedi bot ekspres, kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.