Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jalan berais ganggu pergerakan kenderaan di Jambatan Hamburg
  • GLOBAL

Jalan berais ganggu pergerakan kenderaan di Jambatan Hamburg

Utusan Sarawak 1 day ago
PULUHAN lori dan kereta terperangkap akibat permukaan jalan licin, menyebabkan kesesakan teruk sebelum trafik kembali pulih selepas ais dibersihkan. Foto Agensi

HAMBURG: Puluhan lori dan kereta terperangkap di Jambatan Kohlbrand di bandar Hamburg, utara Jerman, pada Jumaat akibat keadaan jalan yang berais dan licin, sekali gus menyebabkan gangguan serta kesesakan lalu lintas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis.

Menurut jurucakap polis, kenderaan terbabit gagal mendaki jambatan berkenaan berikutan permukaan jalan yang licin akibat ais.

Dalam satu kejadian, sebuah lori dilaporkan menggelongsor sebelum berhenti dalam keadaan melintang. Anggota polis mengambil masa kira-kira enam jam pada petang Jumaat untuk mengawal lalu lintas.

Apabila trafik tidak dapat bergerak, menyaksikan kesesakan teruk di jambatan itu. Polis memaklumkan bahawa beberapa kenderaan cuba mengundur atau berpatah balik dengan menggunakan lorong bertentangan.

Pada satu ketika, pihak berkuasa menganggarkan antara 30 hingga 40 lori berada di atas jambatan berkenaan, walaupun jumlah itu lebih tinggi pada peringkat awal kejadian.

Pergerakan lalu lintas hanya kembali pulih selepas pasukan perkhidmatan musim sejuk tiba di lokasi dan membersihkan lapisan ais di permukaan jalan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan menurut polis, kejadian itu juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir
Next: Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.