Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan alternatif Samarahan-Kuching dijangka siap September
  • TEMPATAN

Jalan alternatif Samarahan-Kuching dijangka siap September

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAKLIMAT… Dato Sri Alexander Nanta Linggi mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Dr. Cassidy Morris semasa melakukan tinjauan di tapak Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini. Foto Jabatan Kerja Raya Sarawak

KUCHING: Projek jalan alternatif yang menghubungkan Samarahan ke Kuching kini hampir siap sepenuhnya, sekali gus dijangka berupaya mengurangkan tekanan sesak di laluan terbabit.

Kemajuan kerja projek itu kini mencecah 96 peratus. Jalan sepanjang lapan kilometer itu dijangka dibuka kepada orang ramai pada September ini.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata laluan tersebut merupakan jalan persekutuan yang menghubungkan Jalan Tun Musa ke Jalan Lapangan Terbang, dan bakal menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Ia akan membantu mengurangkan kesesakan di jalan utama Samarahan. Kini hanya tinggal 4 peratus kerja akhir termasuk pemasangan perabot jalan dan lampu. Saya difahamkan projek ini berjalan lancar dan dijangka siap dengan kualiti yang baik,” katanya melakukan tinjauan di tapak Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap peranan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mengawal selia industri pembinaan negara, dan percaya industri pembinaan tempatan kini setanding dengan negara maju.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala yang menghubungkan Persimpangan T Stutong ke Persimpangan T Stampin, diikuti dengan pembinaan jalan dua lorong dua hala dari Persimpangan T Stampin ke Persimpangan T Bukit Berangan. Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan jambatan merentasi Sungai Kuap, Sungai Stampin dan Sungai Sangkoh.

Kementerian Kerja Raya melalui agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya (JKR), terus memainkan peranan penting dalam memastikan projek infrastruktur disiapkan mengikut jadual.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Revolusi hijau bermula dari dapur
Next: SUPP desak penguatkuasaan lebih tegas kawal produk vape

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.