Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jakarta pergiat usaha jadi hab perfileman, Netflix berminat tingkat kerjasama
  • GLOBAL

Jakarta pergiat usaha jadi hab perfileman, Netflix berminat tingkat kerjasama

Utusan Sarawak 7 hours ago
JAKARTA sasar status hab perfileman Asia, Netflix sedia perkukuh kerjasama. Foto: Imej janaan AI

JAKARTA: Hasrat Jakarta untuk menjadi hab industri filem atau “Cinema City” dilihat mendapat momentum selepas Netflix menyatakan minat untuk memperluaskan kerjasama dalam penerbitan filem dan pembangunan bakat di ibu negara Indonesia itu.

Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno berkata perbincangan itu berlangsung semasa pertemuan dengan eksekutif Netflix di luar Sidang Kemuncak Pengendali Video Asia Pasifik (APOS) 2026 di Bali hari ini.

“Ini bukan sekadar cita-cita, tetapi satu visi besar supaya industri filem dan sektor ekonomi kreatif lain dapat memberikan impak ekonomi yang nyata kepada Jakarta,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Komunikasi, Informatik dan Statistik Kerajaan Wilayah Jakarta.

Pengarah Dasar Awam Netflix Asia Pasifik, Ruben Hattari berkata kekuatan kandungan tempatan dan minat yang kukuh dalam kalangan penonton menjadi pemacu utama pertumbuhan Netflix di rantau Asia Pasifik.

Beliau turut menyuarakan harapan untuk memperluas kerjasama dengan Jakarta dalam bidang penerbitan dan pembangunan bakat industri perfileman.

“Selepas 10 tahun, kami semakin yakin bahawa kekuatan kandungan tempatan memainkan peranan besar dalam memacu pertumbuhan perniagaan Netflix. Pada masa depan, kami berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama dengan Jakarta, bukan sahaja dalam penerbitan tetapi juga dalam pembangunan bakat industri perfileman,” katanya.

Perbincangan itu turut menyentuh peluang meningkatkan jumlah penerbitan Netflix di Jakarta susulan siapnya filem asli Netflix, “Tygo: Extraction”, yang menampilkan Lisa daripada kumpulan K-pop Blackpink dan menjalani penggambaran di kawasan Kota Tua awal tahun ini.

Pentadbiran Jakarta memaklumkan sekurang-kurangnya tiga projek filem dan siri Netflix dirancang diterbitkan di bandar itu.

Jakarta dan Netflix juga sedang merangka program pembangunan sumber manusia bagi menyokong pertumbuhan industri berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.3 skala richter di China ragut satu nyawa, lapan cedera
Next: Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.