Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jakarta lapor hampir dua juta kes jangkitan pernafasan sejak Julai
  • GLOBAL

Jakarta lapor hampir dua juta kes jangkitan pernafasan sejak Julai

Utusan Sarawak 1 day ago
BIRO Komunikasi dan Maklumat Awam Kementerian Kesihatan turut mengesahkan peningkatan penyakit pernafasan di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini berdasarkan data daripada kemudahan kesihatan.

JAKARTA: Ibu negara Indonesia, Jakarta merekodkan hampir dua juta kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) sejak Julai, menandakan peningkatan berterusan penyakit seakan-akan selesema susulan cuaca tidak menentu dan tahap imuniti yang rendah, mendorong penularan jangkitan di seluruh bandar raya itu.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Jakarta Ani Ruspitawati berkata jangkitan itu kekal sebagai penyakit paling biasa dirawat di pusat-pusat kesihatan komuniti memandangkan ia mudah merebak melalui titisan pernafasan dan aerosol.

“Setakat ini, ia tidak begitu ketara. Ia masih terkawal,” katanya kepada portal berita tempatan detikcom sambil menambah bahawa peningkatan itu bukan sesuatu yang luar biasa dan sering berlaku ketika cuaca tidak menentu dan tahap imuniti rendah.

Ani turut menggesa penduduk supaya peka terhadap gejala seperti batuk, hidung berair, sakit tekak dan demam, manakala tanda-tanda lain termasuk hidung tersumbat, sakit kepala, sakit otot, bersin serta suara serak.

“Dalam kes yang lebih teruk, gejala boleh termasuk sesak nafas, yang memerlukan rawatan perubatan segera,” tambahnya.

Biro Komunikasi dan Maklumat Awam Kementerian Kesihatan turut mengesahkan peningkatan penyakit pernafasan di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini berdasarkan data daripada kemudahan kesihatan.

Ketua biro itu, Aji Muhawarman, berkata negara-negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand turut mencatatkan peningkatan kes yang sama, dengan kebanyakan kes dikaitkan dengan Influenza A.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian telah meningkatkan pengawasan selain usaha komunikasi risiko turut dijalankan melalui pelbagai saluran media, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anggota terakhir ekspedisi Everest 1953 Kancha Sherpa meninggal dunia
Next: Pelarian pencemaran: Rakyat India larikan diri dari udara beracun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.