Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jafry Ariffin dilantik Pengerusi UMNO Sabah ganti Datuk Seri Bung Moktar Radin
  • NASIONAL

Jafry Ariffin dilantik Pengerusi UMNO Sabah ganti Datuk Seri Bung Moktar Radin

Utusan Sarawak 4 hours ago
Datuk Jafry Ariffin

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Ariffin hari ini dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pelantikan Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu telah dipersetujui Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO.

Asyraf Wajdi turut mengumumkan pelantikan Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah manakala Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Samasuddin Yusop dilantik Setiausaha parti itu di negeri itu.

“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.

“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Jumaat lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi.- Bernama

Continue Reading

Previous: IATA sambut baik sambung pencarian MH370, penting untuk rungkai kebenaran
Next: Kesan banjir teruk jadikan misi bantuan NGO Malaysia ke Aceh semakin mencabar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.