Jadual padat tidak jejas persiapan AJL40 dan PGLTM Aisha Retno

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang sebulan, penyanyi berbakat Aisha Retno bukan sahaja giat membuat persiapan untuk persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), malah turut memberi komitmen terhadap pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM).

Menggalas watak utama sebagai Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah dalam karya muzikal epik itu, yang disifatkannya sebagai antara impian menjadi kenyataan, penyanyi dan komposer berusia 26 tahun itu berkata jadual bagi kedua-dua projek telah disusun rapi bagi memastikan setiap komitmen dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dengan peluang kali kedua beraksi di pentas AJL, pelantun lagu TaK Adilitu berkata persiapannya bagi malam kemuncak AJL40 pada 15 Ogos ini telah mencapai kira-kira 70 peratus dan berjalan mengikut perancangan.

Berkongsi perkembangan itu dengan Bernama, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata kecekapan pasukan pengurusannya dalam merancang jadual kerjaya menjadi kunci utama untuk beliau mengimbangi pelbagai komitmen seni.

“Buat masa ini, gubahan dan susunan muzik sudah siap bagi lagu Tak Adil untuk dipertaruhkan pada AJL40. (Selain itu) Saya juga konsisten menghadiri kelas latihan vokal setiap minggu. Tumpuan kini diberikan kepada perancangan konsep persembahan dan teknik penyampaian di atas pentas kelak,” katanya.

​Mengulas kebimbangan sesetengah pihak berhubung jadual kerjanya yang padat, penyanyi yang mencetuskan fenomena Aidilfitri tahun ini menerusi lagu Jodoh Lebaran berkata perkara itu telah disusun dengan teliti bersama-sama dengan pasukannya bagi mengelakkan sebarang pertindihan komitmen.

​”Sekiranya pementasan teater dan AJL jatuh pada masa yang sama, sudah tentu saya terpaksa mengorbankan satu daripada komitmen tersebut. Namun setakat ini, semuanya berjalan teratur,” katanya yang turut terlibat menjadi juri tetap dalam rancangan realiti Big Stage Rocketfuel.

Selain memberi tumpuan kepada AJL40, anak kelahiran Kuala Lumpur itu turut membuat persiapan awal bagi PGLTM yang akan memulakan sesi latihan penuh sejurus selepas malam kemuncak anugerah berprestij itu.

Bagi menghidupkan watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah, Aisha kini berada di Solo, Indonesia bagi menjalani latihan serta mendalami aspek budaya yang berkaitan dengan karakter berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut  berharap dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang baik bagi membolehkannya melaksanakan pelbagai komitmen seni, termasuk menyiapkan album terbaharunya. – Bernama

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan