Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jadikan Sarawak sebagai kuasa sukan Malaysia
  • SUKAN

Jadikan Sarawak sebagai kuasa sukan Malaysia

Utusan Sarawak 1 month ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Patrick Cj Liew dan yang lain merakamkan gambar bersama peserta pada majlis makan malam sambutan bagi Kelayakan Akhir Asia-Oceania Kejohanan Tenis ITF Bawah 14 Tahun di salah sebuah hotel di Kuching. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan sukan antarabangsa bagi membawa lebih banyak acara sukan ke negeri ini.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menjadikan Sarawak sebagai pemain utama dalam arena sukan Malaysia.

“Kerajaan Sarawak akan sentiasa memberikan sokongan penuh. Kita ingin melihat Sarawak menjadi kuasa sukan di Malaysia,” katanya semasa majlis makan malam sambutan bagi Kelayakan Akhir Asia-Oceania Kejohanan Tenis ITF Bawah 14 Tahun di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.

UCAPAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada majlis makan malam sambutan bagi Kelayakan Akhir Asia-Oceania Kejohanan Tenis ITF Bawah 14 Tahun di salah sebuah hotel di Kuching. Foto HERRIEY NAHA

Katanya lagi, penganjuran kejohanan ini bukan sahaja meningkatkan profil sukan negeri tetapi juga memupuk perpaduan dalam kalangan peserta dan penonton dari pelbagai latar belakang.

Menjelas lanjut, tambahnya hubungan rapat antara sukan dan pelancongan, termasuk pertandingan antarabangsa memberikan peluang untuk memperkenalkan Sarawak kepada dunia.

“Sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat, sejajar dengan inisiatif seperti Liga Sukan Uniti yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk menyemai semangat perpaduan melalui sukan.

“Saya sentiasa melihat hubungan antara kedua-duanya dan kami telah berjaya membawa banyak acara sukan.

“Dengan cara ini, kita memperkenalkan Sarawak kepada dunia, sambil meningkatkan jumlah pelancong dan pengunjung ke negeri ini,” tambahnya.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan 18 negara dari rantau Asia-Oceania, termasuk Australia, China, Jepun dan India, yang bersaing untuk merebut tempat ke Peringkat Akhir ITF World Junior Tennis di Republik Czech dari 4 hingga 9 Ogos nanti.

Kejohanan kelayakan di Kuching, yang berlangsung sehingga 15 April, kini menumpukan pada menentukan empat pasukan terbaik dalam kategori lelaki yang juga akan mara ke peringkat akhir.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan (MYSED) Morshidi Fredrick; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Khairul Nizam dan Presiden Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Miasim 083 juarai Pertandingan Futsal Piala Datuk Mong Dagang
Next: Saya masih sayangkan Liverpool – Van Dijk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.