Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jadikan Sarawak ‘bandar kasih sayang’, bantu penduduk pacu ekonomi negeri
  • SEMASA

Jadikan Sarawak ‘bandar kasih sayang’, bantu penduduk pacu ekonomi negeri

Utusan Sarawak 7 months ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menyerahkan watikah penubuhan kepada wakil daripada Majlis Kanak-Kanak pada majlis perasmian Sarawak Urban Forum di Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyasarkan untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah ‘bandar kasih sayang’ (loveable city) melalui pembangunan mampan dan mesra rakyat.

Katanya, konsep bandar kasih sayang berfokus kepada kehidupan masyarakat, memastikan penduduk merasa lebih terhubung, gembira dan meningkatkan daya tahan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial.

“Kita harus mementingkan rakyat, mana-mana bandar yang dapat mengambil langkah konkrit untuk mewujudkan elemen-elemen kasih sayang ini akan membantu penduduknya menjadi lebih kuat dan bersatu, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Untuk itu saya menekankan pentingnya kerjasama serta kolaborasi antara para pemegang taruh, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dengan memberi tumpuan kepada industri, inovasi dan pembangunan infrastruktur.

“Selain itu, saya mohon agar rakyat Sarawak memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan untuk membawa Sarawak ke arah menjadikannya bukan sahaja ‘liveable’ tetapi juga Lovable Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah pada majlis perasmian Sarawak Urban Forum (SUF) 1.0 fi Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, turut berlangsungnya penubuhan tiga majlis di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) iaitu Majlis Kanak-Kanak, Belia dan Warga Emas.

Mengulas mengenai penubuhan tiga majlis tersebut, Fatimah menyarankan agar satu lagi majlis perlu ditubuhkan iaitu Majlis Orang Kurang Upaya (OKU).

“DBKU berusaha untuk memperkasakan kumpulan komuniti melalui pembentukan 3 majlis iaitu Majlis Kanak-Kanak, Majlis Belia dan Majlis Warga Emas. Tambah satu lagi, iaitu untuk mereka yang berkeperluan khas.

“Ini merupakan peluang yang baik untuk kumpulan komuniti terlibat dan bersuara untuk menyatakan keperluan mereka seperti persekitaran bandar yang dibina, peluang ekonomi, dan penyertaan sosial,” katanya.

Acara julung kali ini merupakan anjuran DBKU disokong oleh kerajaan Sarawak dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama daripada Urbanice Malaysia, Asia Foundation dan Affin Bank.

Seramai 300 peserta telah menghadiri SUF 1.0 ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelajar universiti dan banyak lagi.

Persidangan SUF 1.0 menampilkan kira kira 19 penceramah dari Sarawak,Semenanjung dan daripada luar negara seperti Jepun, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Oleh Shahrul Qaizat


Continue Reading

Previous: Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan
Next: Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.