Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jadikan Rasulullah teladan dalam hadapi cabaran bina bangsa, negara – PM
  • NASIONAL

Jadikan Rasulullah teladan dalam hadapi cabaran bina bangsa, negara – PM

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini menghadapi cabaran membina bangsa dan negara bersama-sama dengan berpaksikan sunah serta meneladani perjuangan Rasulullah SAW.

Beliau berkata, melalui kepimpinan Baginda di Madinah, Rasulullah meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak serta nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai-nilai keagamaan.

“Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul.

“Umat ini dicirikan dengan keimanan, nilai-nilai khayr(kebaikan), memberi manfaat kepada kemanusiaan sejagat, serta beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma’ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook sempena Maulidur Rasul 1447H/2025M, hari ini.

Anwar berkata, dengan penghayatan dan kefahaman mendalam mengenai esensi ajaran dan warisan Nabi SAW, ia akan terus memandu dan menggerakkan seluruh umat Islam untuk berkerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan. – Bernama. 

Continue Reading

Previous: Tiktok diminta sediakan mekanisme berkesan tangani pengguna bawah 13 tahun
Next: Aplikasi MyKasih permudah urusan tebus penghargaan SARA RM100

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.