Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jadikan Limbang destinasi pelancongan
  • TEMPATAN

Jadikan Limbang destinasi pelancongan

Utusan Sarawak 3 years ago
LAWATAN TAPAK… Dr. Abdul Rahman melawat tapak taman baharu di lapangan terbang lama Limbang.

LIMBANG: Usaha menjadikan Daerah Limbang sebagai destinasi pelancongan semula jadi bakal disokong dengan pembinaan taman rekreasi aktiviti sukan lasak.

Sehubungan itu, Tapak Lapangan Terbang Lama Limbang sedang  dibangunkan sebagai Lapangan Rekreasi Limbang.

Taman ini akan menempatkan aktiviti sukan tradisional dan  lasak apabila siap kelak.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, kerja-kerja pembinaan kawasan rekreasi itu dimulakan pada 15 September lepas dengan kos RM15 juta daripada Jabatan Landskap Negara yang diluluskan pada 2019.

“Lapangan Rekreasi Limbang satu lagi kemudahan rekreasi utama yang dibina di daerah ini melibatkan 20 ekar keluasan.

“Kemudahan ini akan dijadikan sebagai pusat kegiatan  rekreasi,untuk semua golongan kanak-kanak hingga dewasa dengan menempatkan sukan tradisional, mini padang bola sepak, jogging, dan riadah,” katanya ketika melawat tapak projek di sini semalam.

Dr. Abdul Rahman menjelaskan, kerja pembinaan akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap Mac 2023.

“Tapak ini akan dibaikpulih dan kawasan lapang akan dikekalkan selain pembinaan pentas untuk persembahan kumpulan muzik, dan kemudahan rekreasi ditambah,” ujarnya.

Seterusnya Lapangan Rekreasi Limbang akan dihubungkan dengan  Taman Tasik Bukit Mas dan kawasan Tebingan Sungai Limbang apabila siap nanti yang mempunyai daya tarikan pelancongan tersendiri.

Dr. Abdul Rahman berkata lagi Majlis Daerah Limbang (MDL)  mempunyai perancangan pada masa depan untuk menambah luas kawasan rekreasi ini dengan tanah kerajaan dibelakang tapak lapangan terbang lama yang juga melibatkan sungai Pandaruan seluas 20 ekar.

“Dengan rancangan ini, aktiviti sukan lasak akan ditambah untuk dilaksanakan seperti motorcross dan bot laju.

“Ini perancangan masa depan kerajaan untuk menjadikan Limbang sebagai daya tarikan pelancongan dan kita mempunyai perancangan jelas untuk Daerah Limbang dan keseluruhan Sarawak,” jelasnya lanjut.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Integriti nilai dituntut dalam setiap individu
Next: 10 jurulatih terima pensijilan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.