Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jack Chan kini sah warganegara Malaysia
  • TEMPATAN

Jack Chan kini sah warganegara Malaysia

Utusan Sarawak 4 years ago
MENYERAHKAN…Datuk Sebastian Ting (dua, kiri) menyerahkan sijil taraf kewarganegaraan Malaysia kepada Jack Chin Jin Jie (dua dari kanan) di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau, Miri,semalam.

MIRI : Selepas menunggu sekian lama, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Batu Niah dekat sini,  kini beroleh taraf kewarganegaraan Malaysia.

Jack Chin Jin Jie,kini sah bergelar warga Malaysia selepas permohonan taraf kewarganegaraannya diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 12 April lalu.

Dia dilahirkan di negeri ini dan bapanya merupakan warga tempatan, manakala ibunya  warga negara Indonesia.

Semalam, Jin Jie ditemani bapanya Chin Shin Chow,36, datang ke Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau untuk mengambil sijil taraf kewarganegaraan Malaysia.

Sijil tersebut telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting yang juga merupakan Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan.

Jin Jie menguncapkan terima kasih kepada Ting  yang  telah banyak membantu sepanjang proses untuk kanak-kanak tersebut mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya berasa sangat gembira dan terima kasih Datuk (Ting) kerana telah membantu saya untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan ini,” katanya.

Sementara itu, Ting berkata, SUPP telah menulis dan mengirim beberapa dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan Jin Jie untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

“Kami telah menulis beberapa surat untuk menyokong permohonan kanak-kanak itu dan pada bulan November tahun lepas, membuat tindakan susulan berkenaan masalah itu  dan pada April tahun ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengabulkan permohonannya,” kata Ting selepas menyerahkan sijil taraf kewarganegaraan tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 100 peniaga daftar terima vaksin
Next: ‘Siapa cepat, dia dapat’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.