Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jabatan Pertanian Sarawak nafi terlibat dalam permintaan bayaran atau maklumat peribadi
  • JENAYAH

Jabatan Pertanian Sarawak nafi terlibat dalam permintaan bayaran atau maklumat peribadi

Utusan Sarawak 8 hours ago
JABATAN Pertanian Sarawak menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah terlibat dalam sebarang permintaan bayaran atau pengumpulan maklumat peribadi melalui pihak ketiga.

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah terlibat dalam sebarang permintaan bayaran atau pengumpulan maklumat peribadi melalui pihak ketiga mahupun saluran komunikasi peribadi, susulan aduan berkaitan penyalahgunaan nama jabatan itu untuk tujuan penipuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang dikesan menggunakan nama, logo rasmi serta dokumen menyerupai milik Jabatan Pertanian Sarawak bagi memperdaya orang awam untuk menyerahkan maklumat peribadi, membuat bayaran, atau menjalankan urusan mencurigakan.

“Jabatan ini tidak pernah menjalankan urusan rasmi selain melalui saluran yang sah,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap panggilan telefon, mesej atau surat yang mencurigakan dan disarankan menghubungi pejabat Jabatan Pertanian Sarawak yang berhampiran bagi tujuan pengesahan sebelum melakukan sebarang urusan.

Tambah kenyataan itu, sebarang percubaan penipuan juga boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), atau terus kepada Jabatan Pertanian Sarawak.

Jabatan berkenaan turut memaklumkan bahawa mereka memandang serius isu ini dan akan bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa bagi menangani sebarang bentuk penipuan serta melindungi kepentingan orang awam.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 17 mesin kripto dirampas, kegiatan haram guna sambungan elektrik tanpa meter
Next: Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.