Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman agih 500 bekas bubur lambuk kepada agensi kerajaan
  • WILAYAH

Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman agih 500 bekas bubur lambuk kepada agensi kerajaan

Utusan Sarawak 9 hours ago
 PROGRAM Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta pejabat berkenaan, hari ini. Foto Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman

SIMANGGANG: Semangat kebersamaan dan budaya berkongsi rezeki sempena Ramadan terus disemarakkan menerusi Program Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta pejabat berkenaan, hari ini.

Program tahunan itu melibatkan kakitangan Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada beberapa jabatan serta agensi kerajaan di sekitar Sri Aman.

Menurut pihak penganjur, program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan serta agensi luar dengan warga Pejabat Pertanian melalui aktiviti kebajikan sempena Ramadan.

Selain itu, program berkenaan turut menggalakkan budaya berkongsi rezeki dan nilai keprihatinan dalam kalangan penjawat awam di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama antara jabatan bagi memudahkan pelaksanaan program bersama pada masa hadapan.

PROGRAM Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta pejabat berkenaan, hari ini. Foto Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah disediakan dalam program tersebut yang bermula awal pagi dengan penyediaan bahan serta proses memasak secara bergotong-royong oleh kakitangan jabatan.

Selepas selesai proses penyediaan dan pembungkusan, bubur lambuk tersebut diagihkan kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan sekitar Bandar Sri Aman sebagai tanda penghargaan serta simbolik semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

Pengagihan bubur lambuk telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pertanian (Pembangunan), Farisya Adilla Badjuri.

Turut hadir Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Sri Aman, Zakaria Yahood; Penolong Pegawai Tadbir Pertanian Bahagian Sri Aman, Noor Hayati Ahmad; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pertanian Bahagian Sri Aman, Angela Nyipong dan tetamu kehormat lain.

Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak yang terlibat.

Penganjur berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi terus mengukuhkan hubungan antara jabatan kerajaan serta komuniti setempat di Bahagian Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf SK Babang capai 83.34 peratus, siap berperingkat tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.