Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jabatan Persekutuan di Sarawak ditawar sewa bangunan kerajaan negeri kosong
  • TEMPATAN

Jabatan Persekutuan di Sarawak ditawar sewa bangunan kerajaan negeri kosong

Utusan Sarawak 5 hours ago
NIKMATI PEMANDANGAN… Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ditemani Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong melihat pemandangan indah bandar Lawas daripada kawasan IAC Lawas.

LAWAS: Jabatan dan agensi Persekutuan di Sarawak ditawarkan untuk menyewa bangunan pejabat kerajaan negeri yang kosong dengan kadar sewaan munasabah.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan jabatan kerajaan menyewa bangunan kedai sebagai pejabat serta menggalakkan penempatan jabatan di bawah satu bumbung bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara bersepadu.

“Kita menawarkan bangunan kerajaan negeri yang kosong kepada jabatan dan agensi Persekutuan supaya tiada lagi jabatan kerajaan menyewa bangunan kedai,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan kerja ke Lawas, hari ini.

RAKAM KENANGAN… Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong merakam gambar kenangan bersama penjawat awam kerajaan negeri di hadapan bangunan IAC Lawas.

Terdahulu, beliau melawat projek pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) Lawas, projek perumahan kakitangan kerajaan negeri di Banting dan Sundar, serta Pejabat Daerah Kecil Trusan.

Menurut beliau, semua jabatan kerajaan negeri di Lawas akan mula berpindah ke bangunan IAC 14 tingkat itu pada minggu kedua Februari dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac ini. IAC Lawas mampu menempatkan lebih 700 penjawat awam serta dilengkapi kemudahan moden termasuk dewan berkapasiti 1,000 orang.

Kerajaan negeri juga akan membangunkan bangunan kediaman lapan tingkat untuk kakitangan awam di Banting dan Sundar, selain pejabat baharu dan kediaman bagi Pejabat Daerah Trusan.

TINJAUAN PROJEK… Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong melihat lebih dekat kemudahan bangunan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) di Lawas.

Usaha ini selaras dengan hasrat kepimpinan negeri di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyediakan persekitaran kerja dan kediaman yang kondusif demi perkhidmatan awam yang lebih efisien dan cemerlang.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Samarahan esok
Next: RUU penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu dibentang segera — PERANTIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.