Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jabatan Kehakiman Syariah dan PPS perkukuh kerjasama strategik
  • Tengah
  • WILAYAH

Jabatan Kehakiman Syariah dan PPS perkukuh kerjasama strategik

Utusan Sarawak 21 hours ago
KUKUHKAN JARINGAN KERJASAMA… Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Sibu telah mengadakan kunjungan ke PPS semalam.

SIBU: Kunjungan hormat Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Sibu ke Penjara Pusat Sibu (PPS) semalam mencerminkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bagi meningkatkan mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam.

Rombongan diketuai oleh Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak Zon Tengah, Abdul Rahman Mohamad Shokri bersama-sama sembilan pegawai, telah disambut mesra oleh Pengarah PPS, Celestine Jubang Paul serta beberapa pegawai lain. 

Aturcara kunjungan dimulakan dengan sesi suai kenal antara kedua-dua pihak, diikuti pembentangan dan penerangan ringkas mengenai fungsi serta peranan Penjara Pusat Sibu (PPS), termasuk kaitan dan hubungan strategik dengan Jabatan Kehakiman Syariah.

Kunjungan ini disambut baik dan dilihat sebagai satu usaha positif dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi. 

Diharapkan hubungan ini akan terus diperkasa demi kelangsungan perkhidmatan yang lebih berkesan dan menyeluruh pada masa akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Separuh laluan Jambatan Sungai Seduan ditutup sementara mulai 25 Oktober
Next: Laluan Lebuh Raya Pan Borneo dekat SMK Luar Bandar Miri ditutup sementara Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.