Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jabatan Kastam patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
  • NASIONAL

Jabatan Kastam patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025

Utusan Sarawak 17 hours ago
KETUA Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam pada 2025, melibatkan sitaan pelbagai barangan termasuk barangan bercukai, dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.88 bilion.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata antara barangan rampasan pada tahun lepas  termasuk rokok (2,742 kes), minuman keras (920 kes), dadah (734 kes) dan kenderaan (516 kes).

Beliau menambah, pencapaian itu mencatat peningkatan 15.33 peratus, bersamaan RM250.71 juta berbanding RM1.63 bilion pada 2024.

“Prestasi ini mencerminkan keupayaan dan ketegasan JKDM dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan.

“Ia sekali gus melindungi hasil negara serta mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagi barangan rampasan melibatkan kenderaan, Anis Rizana berkata pelupusan dilakukan mengikut peraturan semasa dan pekeliling, termasuk melalui tender terbuka, bagi memastikan ketelusan, integriti dan menjana hasil kepada kerajaan.

“Bagi barangan rampasan melibatkan rokok dan minuman keras (RMK), JKDM ingin menegaskan bahawa komoditi tersebut tidak dijual kepada orang awam, sebaliknya dilupuskan sepenuhnya,” katanya.

Anis Rizana berkata JKDM turut mengaplikasikan pendekatan bersepadu yang menggabungkan kecerdasan manusia (HI) dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan serta keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan. 

“Pendekatan ini membolehkan keputusan operasi dibuat berasaskan data dan risiko di samping memanfaatkan pengalaman serta penilaian profesional pegawai kastam,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata JKDM turut melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital melalui perolehan 134 unit mesin pengimbas moden berkeupayaan tinggi yang dilengkapi teknologi AI. 

“Mesin pengimbas ini berupaya mengenal pasti barangan yang diimbas dalam tempoh masa yang singkat sekali gus meningkatkan kecekapan serta keberkesanan operasi kastam,” katanya.

Bagi memastikan operasi jabatan sentiasa berlandaskan integriti dan tatakelola yang baik, JKDM melaksanakan pusingan kerja 100 peratus bagi 2025, melebihi penetapan minimum 50 peratus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan operasi dan pengurusan sumber manusia, malah mengurangkan risiko berkaitan integriti dan tadbir urus, serta menyokong pembangunan modal insan yang mampan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penerima SARA bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
Next: Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7.00 malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.