Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jabatan Hutan Sarawak raih anugerah khas keselamatan perlindungan 5 bintang
  • SEMASA

Jabatan Hutan Sarawak raih anugerah khas keselamatan perlindungan 5 bintang

Utusan Sarawak 5 hours ago
JABATAN Hutan Sarawak menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 bertaraf lima bintang yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya, hari ini. Foto: Jabatan Hutan Sarawak

PUTRAJAYA: Jabatan Hutan Sarawak mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2025 bertaraf lima bintang, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan pengurusan keselamatan perlindungan agensi tersebut di peringkat tertinggi.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam satu majlis rasmi di Putrajaya, hari ini.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Dewan Damar Sari, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan tertinggi terhadap kecemerlangan pengurusan keselamatan perlindungan sesebuah agensi kerajaan, merangkumi aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen terperingkat, keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta pematuhan kepada dasar dan peraturan keselamatan kerajaan.

Pencapaian ini lebih bermakna apabila Jabatan Hutan Sarawak menjadi satu-satunya agensi kerajaan yang menerima pengiktirafan tersebut, sekali gus membuktikan tahap komitmen tinggi jabatan dalam melaksanakan tadbir urus keselamatan perlindungan yang cemerlang serta menepati standard ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, pengiktirafan berkenaan mencerminkan usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh sistem pengurusan keselamatan organisasi, melindungi aset kerajaan serta memastikan kerahsiaan maklumat sentiasa terpelihara selaras dengan keperluan semasa dan cabaran era digital.

Jabatan Hutan Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan budaya keselamatan perlindungan sentiasa menjadi keutamaan organisasi.

Jabatan itu berkata kejayaan tersebut akan menjadi pemangkin untuk terus mempertingkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam serta pengurusan sumber hutan secara profesional, berintegriti dan berdaya tahan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelatih terbaik manfaat pengalaman di PLKN untuk kejar cita-cita menjadi guru
Next: Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami kepada Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.