Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Izzana Salleh dilantik sebagai setiausaha agung baharu CPOPC
  • GLOBAL

Izzana Salleh dilantik sebagai setiausaha agung baharu CPOPC

Utusan Sarawak 2 days ago
MAJLIS Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028. Perubahan itu diumumkan dalam sidang media di Sekretariat CPOPC di Jakarta pada hari ini. -Foto Bernama

JAKARTA: Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028.

Perubahan itu diumumkan dalam sidang media di Sekretariat CPOPC di Jakarta pada hari ini, menandakan fasa baharu ketika majlis itu sedang mempergiatkan usaha untuk menggalakkan kemampanan, ekuiti dan kerjasama antarabangsa dalam industri minyak sawit.

“Saya amat berbesar hati untuk memimpin CPOPC pada masa suara negara pengeluar mesti kedengaran lebih kuat berbanding sebelumnya,” kata Izzana yang menyertainya secara maya dari Kuala Lumpur.

Beliau menekankan mengenai tumpuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau, menyelaraskan piawaian yang mampan dan memperjuangkan hak pekebun kecil dalam rantaian nilai global.

“Kami akan memastikan minyak sawit, yang dihasilkan dengan penuh tanggungjawab dan secara mampan oleh negara anggota kami, diiktiraf di peringkat global sebagai kuasa untuk kebaikan serta menyokongnya sebagai mata pencarian, keselamatan tenaga dan makanan, serta tindakan terhadap iklim,” katanya.

Izzana lulusan Harvard, mempunyai pengalaman luas dalam dasar, perniagaan dan sokongan global, berkhidmat sebagai pemegang amanah Majlis Minyak Sawit Malaysia, pengasas RISE Human Capital, dan pengasas bersama rangkaian bimbingan antarabangsa Girls for Girls.

Sementara itu, setiausaha agung yang akan bersara, Dr Rizal Affandi Lukman dan timbalan setiausaha agung Datuk Nageeb Wahab, telah berjaya meluaskan capaian global CPOPC dan mengetuai rundingan dasar yang kompleks dengan Kesatuan Eropah.

CPOPC juga berjaya mentakrifkan semula keutamaan strategiknya, mengimbangi kepentingan pengeluar dan pengguna, mempertahankan hak pekebun kecil serta mempromosikan kemampanan dengan matlamat yag praktikal.

“Ini bukan pengakhiran, tetapi kesinambungan. Saya yakin dengan kepimpinan Izzana dan Musdhalifah, CPOPC akan terus bergerak ke hadapan dengan tenaga baharu bagi menghadapi cabaran dan peluang pada masa depan,” kata Rizal.

Ditubuhkan pada 2015 oleh Indonesia dan Malaysia, anggota CPOPC termasuk Indonesia, Malaysia, Honduras dan Papua New Guinea.

Colombia, Ghana, Nigeria dan Republik Demokratik Congo memegang status sebagai pemerhati.

Mereka mewakili hampir 89 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global, menjadikan CPOPC memiliki pengaruh penting dalam perbincangan dasar dan kemampanan di peringkat antarabangsa.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Google berdepan tuntutan undang-undang di UK atas salah guna pasaran iklan carian
Next: Lebih 1.18 juta jemaah tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah, Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.