Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IWCT anjur semula Pertandingan Pekit Pengelandik Jari mulai 18 Ogos
  • TEMPATAN

IWCT anjur semula Pertandingan Pekit Pengelandik Jari mulai 18 Ogos

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAM KENANGAN… Dr Anna Durin bersama yang lain bergambar selepas sidang media.

KUCHING: Amanah Kebajikan Wanita Iban (IWCT) sekali lagi menganjurkan Pertandingan Pekit Pengelandik Jari yang melibatkan penyertaan lelaki dan wanita Iban bermula 18 Ogos 2025 hingga 30 April 2026.

Pengerusi pertandingan, Dr Anna Durin berkata, penganjuran ini bertujuan menggalakkan komuniti Iban mengekalkan warisan budaya mereka melalui penghasilan kraf tangan.

“Pertandingan ini diharapkan mampu meneruskan kemahiran dalam seni kraf tangan tradisional selain menjadi wadah merealisasikan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak-Hak Masyarakat Orang Asal (UNDRIP) 2007 yang menggalakkan penduduk pribumi mengekalkan budaya mereka,” katanya.

ANTARA barangan kraf tangan dipamerkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pertandingan Kraftangan The Iban Women Charitable Trust 2025-2026 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Anna menyifatkan pertandingan tersebut sebagai platform untuk mengetengahkan potensi ekonomi kraf tangan sekali gus berupaya meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Dayak

“Terdapat pakar dalam bidang kraf tangan Iban seperti pua kumbu dan tenun. Ada antara mereka pernah menganjurkan pertandingan seumpama ini sebelum ini. 

“Jadi kali ini kita merupakan gabungan Unimas, Yayasan Tun Jugah, IWCT dan pakar lain yang turut sama membantu menjayakan pertandingan ini,” jelasnya.

Penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita Iban di seluruh Malaysia termasuk mereka yang berketurunan campuran Iban tanpa had umur.

Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai maksimum dua kategori dan penyertaan adalah percuma.

Borang penyertaan lengkap perlu dihantar ke Ibu Pejabat IWCT atau secara dalam talian melalui Google Form sebelum atau pada 18 Oktober 2025. Borang juga boleh diperoleh daripada ibu pejabat IWCT.

Butiran pertandingan hendaklah dihantar ke ibu pejabat IWCT selewat-lewatnya pada 30 April 2026 bersama sekurang-kurangnya empat keping gambar yang menunjukkan proses pembuatan.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan iaitu Pekit Nganyam (Tikai Bemban Anyam Bebuah), Pekit Nenun Pua Kumbu, Pekit Nenun Kain Kebat Kena Orang Indu Besai Tuai, Pekit Nenun Kain Karap Kena Orang Indu Besai Tuai, Pekit Nusuk Marik (Marik Empang Tradisional/Tangu) sais besai tuai, Pekit Baju Asal Kuas Iban (sais besai tuai), Pekit Ngaga Duku Pengayau: Nyabur Indu, Pekit Ngaga Duku Pengayau: Nyabur Lelaki dan Pekit Ngaga Duku Pengayau: Langgai Tingang.

Oleh Amanda L. 

BUTIRAN pertandingan.
Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MARA luluskan lebih 20 permohonan bantuan usahawan OKU tahun ini
Next: Wanita Bumiputera terus diperkasa, MARA salur dana keusahawanan RM33 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.