Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ITF lancar ekosistem digital, transformasi tadbir urus, pertandingan
  • SUKAN

ITF lancar ekosistem digital, transformasi tadbir urus, pertandingan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Shakir Husein Kalid, bercakap kepada Bernama selepas menghadiri Pelancaran Sistem Pensijilan Digital Dikuasakan Blockchain dan Kejohanan Kedudukan Kebangsaan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Persekutuan Taekwon-Do Malaysia (ITF) hari ini melancarkan ekosistem digital komprehensif yang mentransformasikan tadbir urus, pensijilan dan landskap pertandingan sukan di tanah air.

Naib Presiden ITF Datuk Shakir Husein Kalid berkata pelancaran itu menandakan detik penting kepada persekutuan apabila satu sistem digital menyeluruh diperkenalkan bagi menjejak perjalanan atlet dari peringkat asas hingga ke tahap elit.

“Hari ini ialah hari yang penting untuk ITF kerana kita melancarkan satu ekosistem digital seseorang atlet bermula dari peringkat tali pinggang putih sehingga ke pemilihan mewakili negara,” katanya pada sidang media di Institut Sukan Negara di sini hari ini. 

DATUK Dr Shakir Husein Kalid (dua kiri), menerima Geran Padanan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr Vellapandian Ponnusamy (dua kanan), pada pelancaran Sistem Pensijilan Digital Dikuasakan Blockchain dan Kejohanan Kedudukan Kebangsaan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata sistem itu mampu merekodkan setiap pencapaian atlet termasuk tahap tali pinggang, prestasi, jurulatih dan penyertaan pertandingan secara masa nyata sekali gus memudahkan proses pemilihan ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kaedah manual yang digunakan sebelum ini bukan sahaja menimbulkan isu integriti dan ketelusan malah menyukarkan proses pengesanan maklumat atlet.

“Sistem itu menampilkan pemarkahan elektronik, penyiaran keputusan secara langsung serta pengiraan ranking automatik yang turut digunakan pada peringkat kejohanan dunia.

“Dengan sistem digital ini, kita dapat meningkatkan integriti, ketelusan, kebolehjejakan serta rujukan selain mengelakkan isu sijil palsu atau maklumat tidak tepat,” katanya.

Dalam pada itu, Shakir berkata pembangunan sistem berkenaan turut disokong oleh geran padanan kerajaan berjumlah RM65,000 yang membantu sebahagian kos pembangunan perisian. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Alisson terlepas aksi Liverpool berdepan City, PSG
Next: Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.