Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Itali pasukan pertama layak ke pusingan kedua
  • SUKAN

Itali pasukan pertama layak ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 4 years ago

Italy's forward Ciro Immobile (R) vies for the ball with Switzerland's goalkeeper Yann Sommer during the UEFA EURO 2020 Group A football match between Italy and Switzerland at the Olympic Stadium in Rome on June 16, 2021. (Photo by Ettore Ferrari / POOL / AFP)

PENYERANG Itali, Ciro Immobile (kanan) bersaing dengan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer semasa perlawanan Kumpulan A, Euro 2020 di Stadium Olimpik di Rom. • Foto AFP

TIDAK layak di Piala Dunia 2018, Itali semalam menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kedua Euro 2020 setelah mengalahkan Switzerland dengan mencatat kemenangan 3-0 kedua  berturut-turut di Rom.

Manuel Locatelli menjaringkan dua gol dan Ciro Immobile menambah gol ketiga pada lewat permainan ketika pasukan Roberto Mancini meneruskan rentak tanpa kalah mereka kepada 29 perlawanan.

“Kami bermain dengan baik, kami mahu menang dengan segala cara. Mereka bermula dengan baik, tidak mudah untuk memenangi perlawanan kedua dalam tempoh lima hari,” kata Mancini.

Azzurri akan bermain menentang naib juara Kumpulan C jika mereka mengelak daripada mengalami kekalahan menentang finalis separuh akhir Euro 2016, Wales di Stadio Olimpico pada Isnin.

Gareth Bale mencipta gol untuk Aaron Ramsey dan Connor Roberts tetapi turut gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Wales menewaskan Turki 2-0 di Baku, di mana majoriti penonton menyokong pasukan lawan.

Rusia menghidupkan kempen merkea dalam Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Finland.

Pemain tengah Atalanta, Aleksei Miranchuk menghasilkan penyudah canrtik dalam masa kecederaan seapruh pertama untuk gol tunggal perlawanan antara dua negara berjiran itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Shivan mahu tembusi pasukan utama
Next: SUFC ‘turun padang’ latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.