Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu tuntutan, pelaksanaan SSLR2 diperjelas dalam dialog bersama komuniti Long Bedian
  • TEMPATAN

Isu tuntutan, pelaksanaan SSLR2 diperjelas dalam dialog bersama komuniti Long Bedian

Utusan Sarawak 16 hours ago

LONG BEDIAN: Isu berkaitan tuntutan pampasan tanah dan pelaksanaan Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak-Sabah Fasa 2 (SSLR2) menjadi fokus utama dalam sesi dialog bersama komuniti yang diadakan semalam di Dewan Serbaguna Kampung Long Bedian.

Dialog yang dihadiri lebih 300 orang penduduk serta pemimpin masyarakat itu dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Miri, dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTUS).

Ini susulan kebimbangan penduduk mengenai hak tanah dan proses pampasan yang terlibat dalam pelaksanaan projek berimpak tinggi ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu.

Dalam ucapannya, Gerawat menggesa komuniti agar memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan pelaksanaan projek.

Namun, pada masa sama, menegaskan pentingnya kejelasan dan ketelusan dalam hal berkaitan tuntutan pampasan, khususnya tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang terjejas.

“Kerajaan komited untuk memastikan semua tuntutan pampasan ditangani secara adil dan telus.

“Namun, penduduk juga disaran tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Sehubungan itu, Gerawat, mencadangkan agar seorang pegawai khas ditempatkan di Pejabat Daerah Telang Usan atau Long Bedian.

Ini, tegasnya, bagi membantu penduduk dalam proses pengisian dan penyerahan borang tuntutan pampasan, serta memberikan penerangan berkaitan prosedur yang betul.

Isu yang dibangkitkan dalam dialog turut merangkumi keperluan penandaan semula sempadan tanah, status tanah NCR yang belum didaftarkan, serta kebimbangan terhadap nilai pampasan yang bakal diterima.

Sesi dialog ini dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, selain menangani isu-isu yang timbul secara langsung daripada pelaksanaan SSLR2, projek infrastruktur strategik yang dijangka membuka akses lebih baik ke kawasan pedalaman dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Galong Luang, Pegawai Menguasa JTUS Bahagian Miri Anthony Abou, serta wakil JKR dan Pejabat Daerah Telang Usan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM600,000 naik taraf saliran Sentosa
Next: Dua penilai bakal kunjungi Sarawak Delta Geopark bagi pengiktirafan UNESCO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.