Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu tong sampah berlarutan, penduduk Lorong Stakan 14 gesa tindakan segera
  • Selatan
  • WILAYAH

Isu tong sampah berlarutan, penduduk Lorong Stakan 14 gesa tindakan segera

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL Kong (kiri) mendengar aduan seorang penduduk mengenai isu kekurangan tong sampah di Lorong Stakan 14.

KUCHING: Penduduk di Lorong Stakan 14 mendakwa masih berdepan masalah pengurusan sisa pepejal berikutan kekurangan tong sampah yang belum ditangani sejak tahun lalu.

Menurut penduduk, mereka sekian lama bergantung kepada tong sampah besar yang dikongsi dan disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan, dengan satu tong digunakan oleh beberapa rumah sebagai amalan berterusan sejak bertahun-tahun.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak memuaskan selepas salah satu tong berkenaan diambil oleh kontraktor kutipan sampah majlis pada tahun lalu kerana dilaporkan rosak, dengan janji untuk diganti.

“Namun, selepas berbulan-bulan, tiada penggantian dilakukan walaupun pelbagai aduan telah dikemukakan,” kata seorang penduduk.

Ketiadaan tong sampah yang mencukupi menyebabkan penduduk terpaksa meletakkan sampah di dalam baldi di tepi jalan, sekali gus menimbulkan masalah kebersihan dan keselamatan.

Keadaan itu bertambah buruk apabila anjing liar mengoyakkan sampah sehingga berselerak di kawasan perumahan, selain mencemarkan persekitaran dan berpotensi mengundang risiko kesihatan termasuk penyebaran penyakit serta kehadiran perosak.

Sementara itu, Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong, berkata penyediaan kemudahan pengurusan sisa yang baik merupakan tanggungjawab asas pihak berkuasa tempatan.

Beliau menggesa majlis berkenaan supaya segera menyediakan tong gantian seperti yang dijanjikan serta memastikan perkara seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Peruntukan lebih RM1 juta bina semula Rumah Lingga Ujang legakan penduduk
Next: GRP anjur majlis makan malam Pra-Gawai Dayak di Pakan, kutip dana komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.