Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu tanah perlu diselesaikan demi kelancaran Projek Lebuh Raya Serian–Gedong-Samarahan
  • TEMPATAN

Isu tanah perlu diselesaikan demi kelancaran Projek Lebuh Raya Serian–Gedong-Samarahan

Utusan Sarawak 2 days ago
LAWATAN kerja Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke tapak projek jalan raya di Gedong, hari ini. Foto UKAS

GEDONG: Isu pengambilan dan pemilikan tanah dikenal pasti sebagai cabaran utama yang berpotensi menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek Lebuh Raya Berkembar Serian–Gedong–Samarahan yang bernilai kira-kira RM2.8 bilion.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penyelesaian segera terhadap isu berkenaan amat penting bagi memastikan kelancaran kerja pembinaan serta membolehkan kontraktor meneruskan projek tanpa gangguan di semua seksyen.

“Antara isu yang kita hadapi ketika ini ialah isu tanah dan kita berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin supaya kontraktor dapat melaksanakan kerja pembinaan dengan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek di Gedong, hari ini.

Mengulas lanjut, ketiga-tiga projek berkenaan melibatkan Lebuh Raya Serian–Gedong–Samarahan yang merangkumi lima pakej, cadangan naik taraf Jalan Gedong–Simunjan melibatkan dua pakej serta cadangan Jalan Gedong–Semalatong yang melibatkan tiga pakej.

“Sebahagian kontraktor telah mengambil alih tapak projek dan kerja pembinaan telah dimulakan di beberapa kawasan, namun terdapat lokasi tertentu yang masih terjejas akibat isu tanah yang belum dimuktamadkan.

“Sehubungan itu, perbincangan terperinci telah diadakan bersama Jabatan Tanah dan Survei serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelaras tindakan dan mempercepatkan penyelesaian isu tanah demi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

“Kita mengadakan mesyuarat yang sangat produktif bersama Jabatan Tanah dan Survei (JTS) serta JKR untuk memastikan semua isu dapat diselesaikan dan projek ini siap seperti yang dirancang oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” jelasnya.

LAWATAN kerja Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke tapak projek jalan raya di Gedong, hari ini. Foto UKAS

Tambah beliau, bagi memastikan pemantauan lebih berkesan, satu jawatankuasa khas telah diputuskan untuk ditubuhkan bagi memantau perkembangan projek secara dekat melalui mesyuarat harian dan bulanan, dengan laporan kemajuan akan dikemukakan setiap dua bulan.

“Pemantauan di lapangan merupakan pendekatan utama kerajaan Sarawak, dengan menteri, timbalan menteri serta pegawai kanan jabatan turun padang secara berkala bagi mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

“Masalah pasti ada dalam projek berskala besar seperti ini, namun tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika semua pihak bekerjasama. 

“Kita juga berharap keadaan cuaca yang baik akan terus membantu kelancaran kerja pembinaan,” ujarnya.

Berdasarkan rekod, projek jalan Serian–Gedong–Samarahan sepanjang 45.65 kilometer (km) serta projek jalan Gedong–Simunjan sepanjang 20.6 km dijadualkan siap pada 2028, manakala projek jalan Gedong–Semalatong sepanjang 57.45 km dijadualkan siap pada 2027.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Skuad Ihsan MADANI santuni penduduk terjejas banjir di Kampung Plaie, Kampung Jegoi
Next: Jambatan Batang Lupar 1 hampir siap, dijangka buka Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.