Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isu ‘stateless children’ tarik perhatian MP Sabah, Sarawak
  • NASIONAL

Isu ‘stateless children’ tarik perhatian MP Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkenaan pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan termasuk memperbaharui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ada untuk menangani isu ini secara cepat dan holistik ketika Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkenaan pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak- anak tanpa kad pengenalan termasuk memperbaharui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ada untuk menangani isu ini secara cepat dan holistik ketika Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu kewarganegaraan dan stateless  children atau anak-anak tanpa kad pengenalan  yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen (MP) dari Sabah dan Sarawak yang bangun mengemukakan soalan dan meminta penyelesaian kerajaan berhubung isu itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hamzah Zainudin, yang menjawab soalan asal  dikemukakan  Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), menjelaskan ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf anak-anak tanpa kad pengenalan atau individu yang belum ditentukan kewarganegaraan dan ditaraf, perlu mengemukakan dokumen sah kepada kerajaan sebelum meluluskan permohonan kewarganegaraan.

Hamzah mengambil contoh masalah seumpamanya di Sabah, dengan  menyatakan beliau telah ke  Sabah baru-baru ini bagi melihat dan dan mendengar penjelasan mengenai perkara sebenar  yang berlaku terutamanya berkaitan isu dokumen IMM13, Sijil Banci mahupun Kad Burung-Burung di negeri itu.

Perkara itu menarik perhatian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), yang merupakan Ketua Menteri Sabah, meminta kerajaan agar mempertimbangkan  faktor kemanusiaan dalam isu stateless children yang sehingga kini tidak menemukan jalan penyelesaian.

“Anak-anak ini membesar, kalau kita nak hantar balik ke mana mereka nak dihantar, ke Filipina pun tidak tahu mana kampung, ke Indonesia tidak tahu mana suku sakat mereka, jadi saya harap kalau ada penyelesaian, tidak boleh biarkan isu ini berlarutan,” katanya.

Menjelaskan bahawa masalah itu sudah lama berlaku semasa beliau pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum ini, Mohd Shafie berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius memandangkan stateless children  tidak mempunyai penjaga masih berkeliaran di bandar. 

Berhubung  isu dokumen IMM13, Sijil Banci mahupun Kad Burung-Burung yang ada di negeri itu pula, Mohd Shafie berkata kerajaan tidak boleh ‘menghalalkan’ pemegang Sijil Banci dan Kad Burung-Burung untuk menerima  IMM13, yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Hamzah dalam jawapan balasnya berkata, kerajaan akan meneliti setiap permohonan berdasarkan dokumen yang dikemukakan kepada kerajaan sebelum mempertimbangkan untuk memberikan taraf kewarganegaraan. 

“Kalau kita dah tak boleh beri, apa lagi kelayakannya, kita akan pastikan sekurang-kurangnya  mereka ada identiti  untuk hidup dalam negara ini.  Sebab itu saya nak pastikan setiap mereka yang ada dalam negara ini mempunyai identiti. Bukan semata-mata nak tentukan semua yang stateless mesti diberikan kewarganegaraan, tidak boleh diberi begitu sahaja,” katanya.

IMM13 adalah antara dokumen dikeluarkan kepada warganegara Filipina berstatus pelarian, selain beberapa dokumen lain seperti Sijil Banci, yang  dikeluarkan ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan, dan Kad Burung-Burung dikeluarkan pada 1970 hingga 1990-an.

Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) dalam soalan tambahannya bertanyakan mengenai jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang masih tertunggak dari tahun 2015 hingga kini serta jumlah permohonan dari Sabah.

Hamzah memaklumkan bagi tempoh 2015 hingga 30 Jun lepas, sebanyak 31,494 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan daripada jumlah itu sebanyak 28,211 sedang diproses.

Sebanyak 9,388 permohonan diproses dan didaftarkan di Sabah, kata beliau.  Selain itu beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran), Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) dan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) turut bangun untuk mengemukakan soalan namun  tidak berkesempatan kerana kekangan masa. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Dua direman kes tuntutan palsu PERKESO
Next: Abdul Azeez diarah mohon maaf isu ‘gelap’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.