Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu SMM2H akan dibincangkan dengan Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Isu SMM2H akan dibincangkan dengan Premier Sarawak

Utusan Sarawak 11 months ago
SOAL JAWAB… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menjawab soalan pemberita semasa sidang media selepas majlis perasmian RAYS 2024, hari ini.

KUCHING: Kementeri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan membincangkan isu berkenaan Program Malaysia Rumah Keduaku, Sarawak (SMM2H) bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam masa seminggu.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perbincangan itu dibuat berikutan keputusan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ’menurunkan kuasa’ kepada Sarawak mengendalikan program tersebut.

Bagaimanapun, katanya, perincian lanjut masih belum dikenali.

”Proses bagi aplikasi SMM2H adalah berbeza untuk Sarawak dan Sabah berbanding aplikasi Semenanjung Malaysia.

”Justeru, saya ingin tahu dengan lebih jelas apakah perwakilan kuasa ini. Adakah ia termasuk memberi kuasa kepada Sarawak mengeluarkan lesen kepada agensi yang menguruskan program ini?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024 di Hikmah Exchange Event Centre, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, MOTAC adalah pihak yang mengeluarkan lesen ejen bagi program S-MM2H tetapi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), isu berkaitan industri pelancongan sepatutnya dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak.

“Hak Sarawak, khususnya berkaitan pelancongan telah diambil dan di bawah perlembagaan persekutuan ini sepatutnya dibawa untuk perundingan dengan negeri dan sekarang ia telah menjadi perkara di bawah senarai Persekutuan.

“Pelancongan memberi manfaat kepada Malaysia dan Sarawak, sebab itu kita bekerjasama tetapi ia bukan untuk MOTAC bagi menentukan hak pelancongan sebelum dirujuk dengan Sarawak,” jelasnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Pendekatan proaktif kerajaan negeri sumbang kepada pengurusan hutan hujan mampan
Next: Pembinaan jambatan usaha kerajaan negeri atasi kesesakan lalu lintas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.