Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Isu saman: Fazura serah kepada peguam
  • HIBURAN

Isu saman: Fazura serah kepada peguam

Utusan Sarawak 15 hours ago

PENYANYI dan pelakon, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (tengah) bergambar pada Tayangan Muzik Video single terbaharunya bertajuk Luar Biasa di Aurum @ The Exchange TRX semalam. Turut sama penyanyi dan komposer Indonesia, Ade Govinda (lima, kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hampir dua bulan berlalu sejak timbulnya dakwaan mengenai kegagalan syarikat milik pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura Sharifuddin, melunaskan hutang bernilai RM4.65 juta kepada sebuah kilang pengeluar tudung, namun selebriti itu terus mengambil pendekatan berdiam diri.

Biarpun diasak beberapa kali oleh pihak yang menuntut termasuklah netizen dalam kalangan peminatnya untuk menjelaskan isu yang hangat diperkatakan itu, ibu kepada Nur Fatima Aisya ini sebaliknya kekal tenang menjalani kehidupan hariannya termasuklah mempromosikan tudungnya di media sosial. 

Bagaikan mahu glombang yang mencalarkan nama anak kelahiran Pekan, Pahang itu berlalu,  Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dilihat tampil tenang menjelaskan isu itu dalam sidang media selepas pelancaran muzik video single terbaharunya yang berjudul, Luar Biasa, malam tadi.

PENYANYI dan pelakon, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (kanan) bersama penyanyi dan komposer Indonesia, Ade Govinda bergambar selepas Tayangan Muzik Video single terbaharunya bertajuk Luar Biasa di Aurum @ The Exchange TRX semalam. Foto BERNAMA

Menjelaskan kepada media saman bernilai jutaan ringgit terhadap syarikatnya itu adalah sulit dan telah diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan seterusnya, Fazura yang juga penyanyi dan pengacara ini tidak mahu memberi komen berlebihan kerana ia membabitkan dua entiti berbeza.  

“Sebenarnya tiada apa yang saya boleh jelaskan sebab kita kena faham, Fazura dan syarikat adalah dua entiti berbeza. Saya tidak boleh komen tentang urusan syarikat kerana itu di luar bidang saya sebagai individu. Hal syarikat, adalah syarikat dan Fazura adalah saya sendiri, jadi ini bezanya.

PENYANYI dan pelakon, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bergambar selepas Tayangan Muzik Video single terbaharunya bertajuk Luar Biasa di Aurum @ The Exchange TRX semalam. Foto BERNAMA

 “Jadi memang, Faz tak boleh nak komen banyak tentang syarikat dan juga apa saja yang berlaku. Segala hal syarikat telah pun saya serahkan kepada peguam untuk diambil tindakan,” katanya.

Fazura berkata demikian kepada media ketika ditanya mengenai kontroversi dan dakwaan yang terpalit kepadanya sebelum ini mengenai laporan bahawa syarikatnya, Pink Fate Sdn Bhd (Pink Fate) bakal berdepan tindakan undang-undang melibatkan saman bernilai RM4.65 juta oleh sebuah pembekal tudung.

Mengakui terkesan dengan kontroversi yang melanda, bintang filem Pisau Cukur itu berkata ia adalah antara cabaran yang perlu dilalui oleh mana-mana usahawan.

“Apa sahaja yang saya tidak lalui dalam tempoh lapan bulan ini? Sudah tentu saya terkesan. Saya bukanlah manusia yang tiada perasaan, tetapi sebagai seorang usahawan saya faham ini normal. Saya rasa tidak perlu (untuk) jelaskan kerana orang luar mungkin tidak faham dan mungkin diputarbelitkan,” katanya.

PENYANYI dan pelakon, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (kiri) bersama penyanyi dan komposer Indonesia, Ade Govinda selepas Tayangan Muzik Video single terbaharunya bertajuk Luar Biasa di Aurum @ The Exchange TRX semalam. Foto BERNAMA

“Saya tahu perniagaan yang saya jalankan ini bukanlah bisnes kecil bahkan saya yakin, semua usahawan di luar sana akan akan faham cabaran-cabaran yang perlu dihadapi apabila berada dalam dunia perniagaan,” katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura, Pink Fate didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada syarikat pengilang tudung Obor Holding Sdn Bhd (Obor Holding), yang juga pemilik kilang Feline Malaysia.

Obor Holding mendakwa syarikat tersebut hanya membayar RM2.68 juta daripada keseluruhan nilai tudung sebanyak RM7.3 juta yang dibekalkan sejak Jun 2022.

Susulan kegagalan mendapatkan bayaran penuh, Obor Holding dilaporkan telah memfailkan tuntutan mengikut proses undang-undang selepas mendakwa syarikat Pink Fate enggan memberikan kerjasama.– Bernama

Continue Reading

Previous: Konsert Spider Unplugged tampil sisi lebih intim, format akustik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.