Isu Rafizi dan Nik Nazmi: Saya tak ‘follow’ lagi – Anwar

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau hari ini. Foto Bernama.

JOHOR BAHRU: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih belum mengikuti perkembangan politik terbaharu membabitkan dua bekas pemimpin kanan parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

 “Saya tak ‘follow’ lagi,” katanya ringkas selepas menghadiri Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat Taman Desa Mutiara, Tebrau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden PKR itu mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia, yang didaftarkan 2 Disember 2016 di Pulau Pinang.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi memaklumkan hala tuju politik terbaharu mereka dalam satu majlis di Petaling Jaya, Selangor selain mengumumkan keluar daripada PKR dan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, berkuat kuasa esok.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata beliau dan Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa, akan menulis surat mengenai keputusan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Johari Abdul esok. – Bernama