Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu Petronas-Petros: Tiga perkara utama dipersetujui – Abang Johari
  • SEMASA

Isu Petronas-Petros: Tiga perkara utama dipersetujui – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap ketika ditemui media selepas merasmikan Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching.

KUCHING: Isu berkaitan minyak dan gas di Sarawak mencapai kata sepakat menerusi pertemuan antara Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin telah mencapai persetujuan berhubung tiga perkara utama yang menjadi tumpuan rundingan, khususnya melibatkan petronas, kerajaan Sarawak dan syarikat milik negeri, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Menurut Premier Sarawak, rundingan tersebut memberi tumpuan kepada penyelesaian isu antara Petronas, kerajaan Sarawak dan Petros.

“Dokumen perjanjian akan ditandangani antara saya dan PMX berkaitan penyelesaian isu sumber minyak dan gas di Sarawak dalam tempoh dua hari ini.

“Mengenai perjanjian antara saya dengan Perdana Menteri, saya memberi bayangan iaitu tiga perkara dicapai dan tunggu sahaja nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau mengulas lanjut berkaitan bayangan tiga isu utama berkaitan minyak dan gas yang mencapai kata sepakat dalam perjanjian yang bakal dimeteraikan antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Pertamanya, Perdana Menteri bersetuju mengiktiraf kedua-dua undang-undang iaitu Persekutuan dan negeri.

“Kedua Petros akan diiktiraf sebagai satu-satunya aggregator gas tunggal di Sarawak.

“Ketiga, dokumen tersebut akan turut merangkumi perjanjian komersial yang melibatkan peningkatan pegangan dalam LNG,” jelasnya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan dua pemimpin itu bersetuju memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros pada ahad lalu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan penting bagi memastikan potensi besar yang dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan termasuk menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara ASEAN.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan universiti milik kerajaan Sarawak bakal memperkenalkan kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan pengurusan pembinaan, mulai tahun depan.

“Kursus itu akan memberikan pengajaran dalam sudut pengurusan pembinaan kerana keperluan untuk mempunyai industri karbon rendah.

“Pembinaan adalah salah satu industri yang menghasilkan karbon dan kita terpaksa mencari kaedah baru umpamanya dari sudut material dengan menggunakan yang rendah karbon,” ujarnya.

Antara institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak yang akan menganjurkan kursus itu ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu dan Universiti Teknologi Swinburne di Kuching.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TYT, isteri saksikan penyerahan zakat Etiqa, Bank Rakyat
Next: TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa kemalangan FRU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.