Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu Petronas–Petros: Sarawak serah kepada keputusan mahkamah – Abang Johari
  • SEMASA

Isu Petronas–Petros: Sarawak serah kepada keputusan mahkamah – Abang Johari

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tun Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas Amanat Perdana Premier Sarawak di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyerahkan kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berkaitan tindakan Petronas memohon pencerahan mahkamah berkaitan kawal selia petroleum di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata isu itu wajar diserahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan hala tuju dan keputusan muktamad.

“Saya tiada komen (lanjut). Mereka (Petronas) berkehendakkan arahan dari mahkamah, jadi biarlah mahkamah menentukan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis Amanat Perdana Premier Sarawak di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Abang Johari menjelaskan, perkara itu menyentuh bidang kuasa dua peringkat kerajaan, justeru pendekatan terbaik adalah mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang.

“Ini melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Biar mahkamah menentukannya,” katanya ringkas.

Mengulas sama ada langkah Petronas mendapatkan pencerahan mahkamah itu merupakan prosedur standard, Abang Johari menyifatkannya sebagai perkara biasa bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Biasalah, mungkin mereka minta arahan dari mahkamah. Walau apapun, ia tidak memberi kesan besar. Pada akhirnya, penyelesaian perlu dicari, jadi kejelasan itu penting,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan penyelesaian antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) pada 2026 ini, beliau sekali lagi menegaskan keputusan mahkamah akan menjadi penentu utama.

“Keputusan bergantung kepada mahkamah. Kita negara yang berpegang kepada rule of law (kedaulatan undang-undang), jadi kita ikutlah rule of law,” katanya.

Petronas telah memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

Petronas dalam satu kenyataan semalam berkata pihak responden yang dinamakan adalah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

“Permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan memastikan Petronas terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik,” kata syarikat minyak nasional itu.

Bagaimanapun menurut Petronas, permohonan tersebut tidak berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak mahupun menghalang peranan yang dimainkan Petros dalam sektor tenaga di negeri ini.

Keputusan memfailkan usul tersebut dibuat susulan perbincangan serta rundingan yang berjalan semenjak 2024 bersama Petros serta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

Begitu pun, Petronas kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus mengenai operasinya termasuk kegiatan usahasama syarikat.

Oleh Shikin Mahmud & Norman B.

Continue Reading

Previous: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat nyata hasrat bersara awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.