Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu pengambilan guru bukan graduan pendidikan ditapis SPP – Roland Sagah
  • TEMPATAN

Isu pengambilan guru bukan graduan pendidikan ditapis SPP – Roland Sagah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENURUT Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Roland Sagah Wee Inn, proses tapisan calon dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

KUCHING: Isu pengambilan guru bukan daripada graduan pendidikan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Roland Sagah Wee Inn.

Beliau menjelaskan bahawa dasar pengambilan guru adalah hasil keputusan KPM, manakala proses tapisan calon akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengikut jumlah permohonan dan kekosongan sebenar.

“Mereka (KPM) akan lihat berapa ramai yang memohon, termasuk graduan daripada Institut Pendidikan Guru dan universiti swasta yang mengambil kursus relevan. 

“Tetapi kadang-kadang mereka tidak ada Diploma Pendidikan atau kelayakan ikhtisas, jadi tidak semestinya mereka akan terus diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Ibu Pertiwi, pagi ini.

Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengenal pasti jumlah kekurangan guru memandangkan wujud faktor persaraan dan peletakan jawatan daripada kalangan guru sedia ada.

Beliau berkata calon yang masih diperlukan boleh dilantik sebagai guru Kontrak Perkhidmatan dan mereka kemudian dihantar mengikuti latihan Diploma Pendidikan.

Dato Sri Roland menegaskan bahawa kerajaan negeri menyokong langkah KPM mengambil graduan bukan pendidikan sebagai guru. “Kita sokong dan mahu banyak lagi,” ujarnya.

Terdahulu, KPM mengumumkan pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Kontrak Perkhidmatan bagi memenuhi keperluan guru di sekolah seluruh negara. 

Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dan persediaan menghadapi kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela. 

Pengambilan akan dilakukan dengan kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), dengan permohonan dibuka dari 2 hingga 20 Mac 2026, diikuti saringan temuduga 27 April hingga 14 Mei 2026. 

Calon terpilih diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum penempatan. 

Oleh Masrin Affirah 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Petros ingatkan isi rumah amalkan langkah keselamatan LPG menjelang musim perayaan
Next: Buah limau terus jadi simbol utama setiap kali musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.