Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu minyak/gas: Petros, Petronas mungkin diselesaikan secara komersial tanpa berlarutan di mahkamah
  • SEMASA

Isu minyak/gas: Petros, Petronas mungkin diselesaikan secara komersial tanpa berlarutan di mahkamah

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Program Penyerahan Sumbangan dan Hadiah Sempena Tahun Baharu Cina di Satok. Foto UKAS

KUCHING: Rundingan melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung isu minyak dan gas disasarkan mencapai penyelesaian secara komersial tanpa perlu berlarutan ke peringkat mahkamah.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Dato Ibrahim Baki berkata perbincangan antara kedua-dua pihak bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak masih berjalan dalam suasana profesional dan saling menghormati.

“Kami masih berbincang dan saya yakin ada formula. Harapnya kita dapat mencapai penyelesaian komersial antara Petros dan Petronas bersama kerajaan di bawah Perdana Menteri dan Premier Sarawak.

“Kedua-dua pihak mempunyai pandangan masing-masing, namun pendirian kita jelas iaitu mengekalkan undang-undang sedia ada.

“Jika perlu, mahkamah akan membuat penentuan dan kita menghormati proses tersebut. Namun kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu ke tahap itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program penyerahan sumbangan dan hadiah sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Pada 12 Januari lalu, Petronas telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan mengenai undang-undang dan peraturan yang mengawal operasi minyak dan gasnya di Sarawak.

Dalam permohonan itu yang difailkan secara e-filing, Petronas menamakan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sebagai pihak responden dalam permohonan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak negara berkata, permohonan itu bertujuan memastikan syarikat berkenaan dapat terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia yang berkenaan serta amalan tadbir urus yang baik.

Namun, kerajaan Sarawak secara konsisten menegaskan bahawa hak-haknya kekal dilindungi di bawah Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958, iaitu undang-undang negeri yang wujud sebelum pembentukan Malaysia.

Sarawak menegaskan bahawa hak-hak tersebut tidak pernah dilepaskan dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, tradisi tahunan menyantuni masyarakat sempena Tahun Baharu Cina turut diteruskan apabila seramai 40 penerima dalam kalangan masyarakat Cina yang memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menerima sumbangan.

Menurut Ibrahim yang juga ADUN Satok, program berkenaan menjadi amalan saban tahun bagi mendekati penduduk setempat khususnya golongan yang memerlukan, selain mengukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

“Tahun Baharu Cina adalah masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengekalkan tradisi budaya.

“Kuda melambangkan tenaga dan kepantasan. Kita berharap tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, dikurniakan kesihatan yang baik, umur panjang dan kehidupan yang harmoni,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hasil berganda Sarawak diguna biayai penyediaan infrastruktur berskala besar – Abang Johari
Next: Affendi Jeman sah presiden Parti Sedar Rakyat, peralihan kepimpinan secara harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.