Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu laluan Taman Clean dikecilkan perlu penyelesaian menyeluruh
  • Utara
  • WILAYAH

Isu laluan Taman Clean dikecilkan perlu penyelesaian menyeluruh

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming ketika meninjau keadaan laluan masuk di Taman Clean bersama wakil agensi dan penduduk.

BINTULU: Isu laluan masuk di Taman Clean yang dikecilkan daripada tujuh meter kepada lima meter selepas kerja-kerja naik taraf longkang memerlukan penyelesaian menyeluruh bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, perkara itu dibangkitkan susulan aduan penduduk yang mendakwa perubahan tersebut menjejaskan pergerakan keluar masuk serta menimbulkan risiko keselamatan.

Beliau berkata, sebelum ini, laluan berkenaan telah diperluas kepada tujuh meter sebagai langkah keselamatan, namun dikembalikan kepada ukuran asal lima meter selepas projek dilaksanakan.

“Selepas kerja naik taraf, ia menjadi sempit dan menimbulkan kebimbangan,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan tapak di kawasan tersebut, hari ini.

KEADAAN laluan yang dikecilkan selepas kerja-kerja naik taraf longkang di Taman Clean.

Menurutnya, pelaksanaan projek berdasarkan pelan lama tanpa mengambil kira keadaan semasa di lapangan boleh menimbulkan pelbagai isu termasuk kesesakan serta ketidakselesaan pengguna.

Tambah beliau, agensi pelaksana dan kontraktor perlu lebih peka terhadap keadaan sebenar serta mengambil kira keperluan penduduk sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

“Pendekatan lebih praktikal dan berorientasikan rakyat perlu diberi keutamaan agar setiap projek benar-benar memberi manfaat tanpa menjejaskan kehidupan harian,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan kontraktor untuk berbincang secara menyeluruh bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Akaun tinggal RM3.98, pelanggan rugi ribuan ringgit akibat transaksi tidak sah
Next: MPKS laksana operasi sitaan di beberapa kawasan sekitar Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.