SEBAUH: Isu mengenai Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena akan dikemukakan dan dibincangkan dengan lebih lanjut.
Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberikan perhatian kepada setiap permasalahan yang dihadapi KMKK berhubung perkara itu.
“Pemasalahan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan merangkumi usaha mempertingkatkan lagi peranan dan tanggungjawab KMKK secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Persatuan Penduduk Sebungan, Sarau dan Sengkabang di sini, semalam.
Penubuhan persatuan ini telah diluluskan pendaftaran pada 15 Mei 2020 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang bertujuan mmebangunkan rumah panjang tersebut.
Dr. Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena akan akan membawa isu terbabit untuk diselesaikan dengan segera.
“Mengenai masalah sijil tuai rumah, khususnya di kawasan DUN Kemena, beberapa tuai rumah yang layak akan menerima sijil lantikan semula dan bagi tuai rumah yang tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan, kini sedang dalam perbincangan bagi pengeluaran sijil,” katanya.
Pada majlsi tersebut, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM51,000 untuk menaik taraf Rumah Selamat, RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang dan RM10,000 kepada Biro Wanita Rumah Selamat serta RM30,000 kepada Persatuan Penduduk Sebungan, Saraw dan Sengkabang.
Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Jenny Bangga, Pembantu Tadbir Sarawak Dennis Gasing anak Ingu, Penghulu Micheal Lanya Anak Ruma dan Penghulu Lee Lei Seng.
Oleh Ellie Edward