ISU KEWARGANEGARAAN TUNTUT SENTUHAN EMPATI

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASALAH rakyat Sarawak yang gagal mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan nampaknya tidak pernah dapat diselesaikan, sejak dari tarikh penubuhan Malaysia lagi.

Hal ini menjadi demikian kerana cara penyelesaiannya dikekang oleh birokrasi perundangan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, yang dirasakan perlu dikaji semula.

Akibatnya, ramai rakyat Sarawak sedemikian membesar dalam dilema kerana sukar untuk didaftarkan sebagai pelajar ke dalam institusi pendidikan, untuk mendapat pekerjaan rasmi, malah untuk mengundi sekalipun.

Tiadakah ada jalan penyelesaian? Apakah seorang yang sepatutnya bergelar warganegara Sarawak kekal dilabel sebagai “tiada bernegeri” (stateless) hanya kerana pihak Kerajaan Pusat sangsi akan status seseorang berlandaskan undang-undang yang ada, langsung tidak memberi ruang untuk mengiktirafkan status mereka itu?  

Jika dikaji secara mendalam dari aspek pekuliariti bagaimana Sarawak sebagai rakan kongsi penubuhan Negara Malaysia, sudah tentu tidak sukar untuk memahami bahawa Kerajaan Persekutuan sepatutnya mewujudkan elemen empati terhadap rakyat Sarawak dan Sabah apabila mendepani masalah sedemikian.

Pendekatan penyelesaiannya pasti berupaya dicapai sekiranya pihak tertentu seperti Kerajaan Sarawak, bersama-sama dengan pihak pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung, Tuai Rumah, Temenggong, Penghulu dan seumpamanya dibawa bersama dalam wacana mengkhusus terhadap naratif itu.

Dalam aspek ini, Kerajaan Persekutuan wajar mengambil kira pandangan yang diluahkan oleh Kongres Nasional Dayak (DNC) yang menyarankan harus wujud dasar yang lebih berperikemanusiaan dalam menangani isu sedemikian, dengan memahami akan inti pati masalah di Sarawak melalui elemen empati seperti yang disebut awal tadi.

Kita sudah memasuki dekad ke-6 penubuhan Malaysia, sudah tentulah tidak masuk akal isu-isu sebegini terus terapung tanpa kesudahannya.

Isu tiada sijil kelahiran dan kad pengenalan adalah rentetan daripada beberapa isu lain seperti persoalan kewujudan sekolah daif yang cukup lama terabai, sama juga isu kesihatan di kawasan pedalaman, dan seumpamanya, yang merupakan sektor-sektor yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memandangkan persetujuan sudah tercapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perkara-perkara yang disebut tadi sepatutnya turut menjadi agenda baharu yang boleh menjadi kenyataan.

PRU-15 berlumpur?

KINI isu banjir menjadi polemik ketika banyak pihak meramal kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan hujung Oktober hingga awal

Persoalan kerusi Parlimen baharu

APABILA dibangkitkan isu keperluan 35  peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, ada pandangan-pandaNgan lain berkaitan isu ini dikemukakan oleh

Ratu Elizabeth II dan Sarawak

PADA 8 September minggu lalu, kita mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II. Pemergian Ratu ini mendapat liputan meluas dalam

Sejarah agihan kerusi Parlimen Sarawak

KETIKA pembentukan Malaysia, kerusi Parlimen yang mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen negara. Ada