Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isu kenaikan harga barang jejas peniaga kecil dibawa ke Kabinet Rabu ini – PM Anwar
  • NASIONAL

Isu kenaikan harga barang jejas peniaga kecil dibawa ke Kabinet Rabu ini – PM Anwar

Utusan Sarawak 7 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Isu kenaikan harga barang yang dihadapi peniaga kecil akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi meneliti langkah mengurangkan beban golongan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, maklum balas yang diperoleh secara langsung daripada peniaga kecil seperti pengusaha warung mendapati kenaikan harga barangan berlaku sedikit demi sedikit setiap minggu, namun memberikan kesan ketara kepada operasi perniagaan.

“Saya bukan dengar daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican atau Ketua Setiausaha (KSU), saya dengar daripada kedai,” kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.

Anwar berkata, walaupun laporan rasmi menunjukkan harga barangan masih terkawal, realiti pada peringkat akar umbi perlu diambil kira dalam merangka dasar kerajaan.

Beliau menegaskan adalah penting pemantauan lebih teliti dilaksanakan sekiranya kenaikan harga tidak dapat dikawal sepenuhnya.

“Jadi hari Rabu mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bawa kes ini. Saya kata macam mana kita nak pantau betul-betul, kalau benar tak boleh kita kawal, apakah yang harus kita lakukan lagi untuk mengurangkan beban seperti peniaga kecil.

“Itu sebab saya kata kita ini (walau) pandai, bijak, dikelilingi oleh pakar-pakar terkemuka, masih harus mendengar dari bawah dan akar umbi,” kata beliau. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Siasatan kes salah guna kuasa: Rafizi beri keterangan di SPRM Putrajaya
Next: Representasi ditolak, bicara kes Inspektor Sheila bermula 1 Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.