Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu kekurangan tanah perkuburan Kristian perlu ditangani segera
  • Utara
  • WILAYAH

Isu kekurangan tanah perkuburan Kristian perlu ditangani segera

Utusan Sarawak 13 hours ago
UPACARA MIRING… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan tetamu kehormat lain melakukan upacara miring pada majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak Sebauh 2025 di Bintulu, semalam.

BINTULU: Masalah kekurangan tanah perkuburan bagi komuniti Kristian perlu diberi perhatian segera bagi memastikan urusan pengebumian dapat dilaksanakan dengan teratur.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, isu berkenaan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak berkaitan.

“Tanah perkuburan Kristian kita kini kebanyakannya sudah penuh, jadi saya berharap Temenggong dan pihak berkaitan dapat menguruskan perkara ini dengan baik kerana ia (isu) tidak boleh diabaikan,” katanya.

Beliau turut menggesa agar semua pihak bersatu dan bekerjasama dalam menangani isu berkenaan demi kebajikan masyarakat.

“Kita mungkin tiada tempat untuk dikebumikan nanti dan ini bukan sesuatu yang baik sekali gus memerlukan perhatian kita semua,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat turut berdepan kesukaran apabila jenazah tidak dibawa pulang ke rumah panjang kerana rata-rata saudara-mara tidak dapat balik ke rumah panjang untuk melakukan penghormatan terakhir.

“Ramai terpaksa melakukan penghormatan terakhir, misalnya di Bintulu kita lakukan di Batu 5 kerana ada ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke rumah panjang.

“Saya berharap pihak Residen dapat merancang perkara ini dengan lebih teratur iaitu menyediakan tempat seperti ‘parlor’ untuk semua berkumpul, sama ada beragama Kristian atau lain-lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak Sebauh 2025 yang berlangsung di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Utamakan keselamatan jalan raya sempena Gawai
Next: Komited bantu penduduk menerima kemudahan elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.