Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu keganasan rumah tangga memerlukan tindakan bersepadu
  • SEMASA

Isu keganasan rumah tangga memerlukan tindakan bersepadu

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.

SIBU: Isu keganasan rumah tangga memerlukan perhatian serius dan tindakan bersepadu semua pihak bagi menjamin keselamatan mangsa.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee berkata, semua bentuk keganasan rumah tangga sama ada fizikal, lisan, emosi atau psikologi merupakan isu sosial serius.

“Ia tidak boleh dipandang ringan atau dianggap sebagai urusan peribadi keluarga semata-mata,” jelasnya berhubung tularnya satu hantaran media sosial yang melibatkan dakwaan kes penderaan rumah tangga berpanjangan.

Menurutnya, situasi yang digambarkan dalam kes tersebut amat menyayat hati dan memerlukan perhatian serta kesedaran awam yang lebih meluas.

“Saya sedang memantau perkembangan kes tersebut,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut mendedahkan bahawa Sibu akan menubuhkan Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) dalam masa terdekat.

Katanya, pusat tersebut akan berfungsi sebagai hab sehenti bersepadu bagi intervensi sosial dan rujukan untuk menyokong individu serta keluarga yang berdepan keganasan rumah tangga, krisis keluarga dan cabaran sosial lain.

“Mengikut rangka kerja yang dicadangkan, CSSC akan menjadi platform pusat bagi pelaksanaan program kesedaran sosial, inisiatif advokasi, sokongan kesihatan mental dan usaha pemulihan komuniti.

“Pusat ini juga akan menyediakan perkhidmatan intervensi asas, pengurusan kes serta rujukan kepada agensi kerajaan berkaitan, institusi kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.

Selain itu, katanya CSSC akan merangkumi kemudahan penginapan transit sementara untuk mangsa keganasan rumah tangga, bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan terlindung ketika situasi krisis.

“Komponen lain yang dirancang termasuk program pemerkasaan wanita dan latihan kemahiran, perkhidmatan kesihatan mental komuniti, ruang aktiviti belia dan kanak-kanak, bank makanan komuniti, inisiatif dapur sup serta kemudahan perusahaan sosial, bertujuan memperkukuh daya tahan komuniti dalam jangka panjang,” ujar beliau.

Tiang turut menggesa orang ramai yang mengalami keganasan rumah tangga termasuk penderaan fizikal, ancaman lisan, intimidasi psikologi atau bentuk penderaan lain supaya tampil mendapatkan bantuan segera.

Bantuan boleh diperoleh melalui Pusat Krisis Sehenti (OSCC) hospital, talian Talian Nur 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelawan di talian 012-760 9822.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perundangan Syariah Sarawak diperkukuh menerusi OSLY 2026
Next: MaRINA 3.0 dilancarkan perkukuh keselamatan dan kesihatan pekerjaan berasaskan bukti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.