Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu Jalur Gemilang: KPM jalankan siasatan terperinci
  • SEMASA

Isu Jalur Gemilang: KPM jalankan siasatan terperinci

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dan menunjukkan Jalur Gemilang tidak betul. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ‘Inklusiviti dan Kelestarian’ cerminkan aspirasi ASEAN
Next: Kursus Penandaan Balak JHS, STAT perkukuh kemahiran Industri Kayu Kayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.