Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu harga di bazar: KPDN Sarawak gesa pengguna buat laporan
  • TEMPATAN

Isu harga di bazar: KPDN Sarawak gesa pengguna buat laporan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGARAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin ditemui pengamal media selepas selesai sesi tinjauan mesra di Bazar Ramadan Stutong sempena Ops Pantau 2026, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak memberi jaminan bertindak dalam tempoh 24 jam terhadap sebarang laporan termasuk isu harga di bazar Ramadan. 

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata pihaknya tidak menghalang orang ramai menularkan isu termasuk harga barangan yang tinggi namun laporan rasmi amat penting bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.

“Pengguna dinasihatkan membuat laporan rasmi terlebih dahulu bagi mengelakkan peniaga menyembunyikan bukti.

“Jika ada peniaga menaikkan harga secara tidak munasabah, kita akan mengeluarkan notis dan tindakan tegas akan diambil. Kita tidak akan berkompromi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Stutong di sini hari ini.

Beliau berkata dari 19 Februari hingga hari ini, KPDN telah melaksanakan 2,682 pemeriksaan di seluruh Sarawak.

PENGARAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin beramah mesra bersama para peniaga ketika sesi tinjauan mesra di Bazar Ramadan Stutong sempena Ops Pantau 2026, hari ini. Foto Bernama.

“Dalam operasi ini, kita menggerakkan 206 pegawai penguat kuasa dan 89 pegawai pemantau harga setiap hari sepanjang Ramadan. Pegawai ditugaskan secara berkumpulan, beruniform dan secara penyamaran,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan digalakkan membuat laporan menerusi WhatsApp KPDN Sarawak 019-848 8000 bagi membolehkan tindakan segera diambil.- Bernama

Continue Reading

Previous: ZTE, SACOFA meterai MoU bagi pacu infrastruktur digital Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.